Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya. Eidul Fitri



Selamat Hari raya
Maaf Zahir Batin..dari Nuf4u sekelurga .
Selamat menyambut hari raya..
Berhati hatilah dijalan raya...

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita tumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
lepas raya berblogger kembali...hehe

Sunday, August 21, 2011

Angkasa nafi bulan kelilingi Kaabah


KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang menghebahkan dakwaan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang berlaku di Mekah malam kelmarin.

Fenomena yang kononnya berlaku sehingga semalam itu turut tersebar meluas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan dihantar oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana tiada kejadian unik atau ganjil dari segi pergerakan atau kedudukan bulan pada malam tersebut.

“Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya.

Fairos menambah, dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat demikian.KOSMO

Wednesday, August 17, 2011

Nak Kueh Raya Sedap, tapi takut bahan Mentega DNA Babi

Asing segera mentega DNA babi


SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam.


KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.

Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.

"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.

"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.KOSMO

Friday, August 12, 2011

Berbuka Puasa dengan Cendol


salam semua.ari ni aku beli cendol...
teringin nak makan cendol rupanye bulan ramadhan ni..
cendol ni ..rasanya manis tak sesuai untuk orang yang ada penyakit kencing manis..
Cendol ni makan rasa tak jemu jemu ye...
Aku pernah makan cendol pulut pun ok juga ye...
cendol yang best ialah cendol yang air batunya di mesin (parut)

Tuesday, August 9, 2011

Minum Alir Kelapa Muda Sewaktu Berbuka Puasa


salam buat semua..

Pada hujung minggu lalu ..aku teringin nak makan air kelapa muda...
aku petik 3 biji buah kelapa kat belakang rumah..
Simpann airnya..tambah gula sedikit ...masukan ke dalam bekas..
bila bunyi azan je aku baca doa... terus minum...wah rasa hilang dahaga ye..dan syukur nikmatnya hah itulah menu minggu lepas...

Saturday, August 6, 2011

Teringin Nak Berbuka Puasa Dengan Murtabak Penang



salam buat semua..

Aku teringin nak makan murtabak Penang ari nie..
Fuh kalau pekena murtabak Penang..pasti best..
lama tak makan Bro..akak adik... bulan puasa ni teringin pulak...
Dia makan murtabak nie gunya..dengan ayak tebu..fuh pasti terangkat....
Jom Pi Beli..dua tiga biji....