Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Wednesday, August 17, 2011

Nak Kueh Raya Sedap, tapi takut bahan Mentega DNA Babi

Asing segera mentega DNA babi


SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam.


KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.

Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.

"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.

"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.KOSMO

7 comments:

Nuff4u said...

sekarang ni makan kena hati hati ye

Unknown said...

btl tu...bile nk bli pape mmg pilih yg tulis 'HALAL' tp kdg2 yg ada cop pn diragui jgk...

♥ Nana BamBam ♥ said...

buat kuih raya gune Planta jer..halal dan selamat digunakan tanpa was-was..sedap pon sedapp :)

* FAR * said...

buat sendiri malas, nak beli ragu-ragu..
emmm.. cam ne ekk..

Unknown said...

siapa yg patut d persalahkan dlm hal ini ?

umiawadah said...

ish susahlah macam ni...kalau peniaga yang nak kaut untung lebih...hampeh lah macam ni...

nuf4u said...

makasih semua ye