Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Tuesday, November 8, 2011

Bas jadi sekolah bergerak di India


SEBUAH bas yang menjadi sekolah bergerak diletakkan di sebuah kawasan setinggan di Hyderabad pada 1 November lalu.Reuters

HYDERABAD - Sebuah bas menjadi sekolah bergerak di bandar Hyderabad, selatan India untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan.

Keluarga kanak-kanak itu merupakan buruh di tapak pembinaan, pembantu rumah dan pengutip akhbar, pakaian serta barang lama yang boleh dijual manakala ibu mereka menjadi pembantu rumah.

"Kanak-kanak ini tidak mempunyai masa untuk pergi ke sekolah melainkan sekolah datang kepada mereka," kata Pengasas Yayasan CLAP, T. L. Reddy yang mengendalikan perkhidmatan bas yang menjadi sekolah itu.

Keluarga kanak-kanak itu tidak pernah pergi ke sekolah menyebabkan mereka bekerja keras untuk membayar hutang.

Menurut Reddy yang bertugas sebagai guru sejak 25 tahun lalu, dia mengumpulkan sumbangan dan mendirikan khemah untuk dijadikan kelas sebelum menggunakan bas tiga tahun lalu.

Dinding di dalam bas itu dihiasi dengan huruf, nombor dan gambar buah-buahan serta haiwan. - Reuters

6 comments:

Jahirah said...

mmg jauh berbeza dgn negara kita...kita pendidikn asas free je, tu pun ada yg xnk blaja....

♥ Nana BamBam ♥ said...

daif betul di sana..kita patut besyukur pada tuhan dan bersyukur kerana mampu belajar di sekolah2 yg disediakan..pilih dan boleh belajar dengan selesa..

umiawadah said...

bersyukurlah kita...

aiman mania said...

subhanallah...sampai mcm tuh sekali?kesiannya....nasib kita baik di bumi malaysia nih..alhamdullilah...

hdn952 said...

Info yang bagus... dapatkan kamus online - http://cloakedlink.com/usgiaxlcdl

Copas 4 Islam said...

nice info.. ziarah ketempat saye y...