Home

Nuff

klik kan ye

Monday, January 30, 2012

Al-Quran dibuang dalam guni


Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.

JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

3 comments:

Aini Azman said...

ishkk tak baik btol,.hapuskan la dgn cara yg btol klu dah tk elok,.

sitihanisahali said...

nauzubillah.

ummiarissa said...

saya rasa dah mereka ni buang buku2 yang dah tak pakai(clearance 2011)...jadi buang sekali quran dan kitab2 yang dah tak nak baca...hmmm...kerja mudah je diorang ni..