Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, July 19, 2012

HOT !!! Tuduhan Hamil Sebelum Nikah, Audy Bidas Media Indonesia


Audy Item. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu.
Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah tanpa membuat sebarang pengumuman.

"Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah.
"Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu dan kini, sudah bergelar suami isteri.
"Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk mendapatkan anak bersama Iko nanti," selorohnya.
Audy dan Iko bahagia bersama - Foto idnewsflash.com
Audy ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bagi mempromosi album terbarunya berjudulSelalu Terdepan di Red Box The Gardens di sini baru-baru ini.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Sahabat itu, walaupun pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan dia tidak mengambil endah masalah berkenaan.
Sebaliknya, dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawab sebagai isteri terhadap suaminya.
"Jujur saya katakan, kami sangat bahagia dan rasanya, perkenalan yang singkat bukanlah penghalang untuk kami mempunyai hubungan akrab dan saling mencintai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, sekarang ini saya bersendirian kerana Iko sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan pelakon Keanu Reeves di Hong Kong. Rindu sangat pada dia," ujarnya.
Mengenai album terbaru Audy, ia telah dipasarkan di Indonesia pada hujung tahun 2010.
Memuatkan sebanyak 10 buah lagu, Audy berkata, lagu yang paling disukainya adalah Pencuri Hati, yang ditujukan khas buat Iko.
"Lagu Pencuri Hati dihasilkan ketika saya baru sahaja putus cinta dan lagu tersebut seperti mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang baik dan menemui insan yang menyayangi saya.
"Alhamdulillah, doa itu termakbul dan kini Iko adalah teman sehati sejiwa saya," tuturnya.

4 comments:

时间 said...

0813jejeKA-BAR de ces air jordan 1 mid basketball jours est conçu de 1095 Cro-Van Metal, plancher plat, très facile basket nike air max 90 cadet à aiguiser, et dispose d'un angle de chaussures homme nike air max 2017 bord de vingt diplômes et est productif pour un couteau air jordan homme basket de combat et un outil utilitaire. Les fleurs air jordan prix en france donnent également une huile essentielle semblable à celle nike air jordan 11 retro low gg du jasmin (Jasminum grandiflorum). L'ensemble de Nike que basket nike blazer homme vous avez été en train de jouer dans les chaussures nike adidas soldes deux dernières décennies est en train de se mettre de chaussure asics ville homme côté.

Unknown said...

yeezy 500 blush
hermes belt
lacoste polo
nike shox for women
adidas iniki
retro jordans
birkin bag
nike cortez women
nike air force
off white jordan 1

yanmaneee said...

michael kors outlet online
golden goose
canada goose
longchamp handbags
nike 97
nmd
golden goose sneakers
nike huarache
jordan shoes
balenciaga

Unknown said...

d5i36e5m23 x1o25u7r58 l0m70o4d93 k8u03k6l76 f1a05y0h85 c7a74h5s03