BERKELEY, California - Pasukan pendaki Amerika Syarikat (AS) pertama yang menakluki Gunung Everest bergabung semula untuk meraikan pencapaian itu.
Pasukan tersebut terdiri daripada Norm Dyhrenfurth, 94, Jim Whittaker, 84, Tom Hornbein, 82, dan Dave Dingman, 76 yang masih hidup.
"Apabila saya mula menimbulkan idea tersebut (mendaki Gunung Everest) orang ramai berkata, pencapaian itu telah dilakukan, kenapa mahu melakukannya lagi," kata Dyhrenfurth pada Jumaat lalu.
Beliau dan tiga anggota ekspedisi Everest yang terselamat pada pendakian 1963 itu berkumpul di kawasan Teluk San Francisco untuk meraikan ulang tahun ke-50 kejayaan mereka menakluki Everest. Namun, menurutnya, pendakian itu ternyata amat sukar dengan Whittaker hampir kehilangan nyawa dalam usaha tersebut.
Whittaker tiba di puncak dunia itu pada 1 Mei 1963 diikuti oleh beberapa rakan-rakan sepasukannya selang beberapa minggu kemudian.
Dia dan seorang Sherpa, Nawang Gombu berada di puncak Everest sedekad selepas gunung tersebut ditakluki oleh pendaki New Zealand, Edmund Hillary.
Hillary merupakan manusia pertama yang tiba di puncak setinggi 8,534 meter itu. - Ap
Artikel Penuh: