Home

Nuff

klik kan ye

Tuesday, July 2, 2013

Air Mani ada Kesan Di Atas Katil

KOTA KINABALU - Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.

Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.

Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada hari pertama perbicaraan kes Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.

Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, saksi kedua itu berkata beliau menerima barang-barang kes tersebut pada 19 Mac lepas daripada ahli kimia Aishah Abdul Aziz.

Katanya Aishah menerima eksibit itu daripada Pegawai Penyiasat Balai Polis Inanam Silvia Martin Dalog.

Beliau berkata barang kes yang diterima ialah 19 sampul surat bersama satu bungkusan kertas.

Biling yang juga pegawai sains berkata analisis yang dijalankan mengikut prosedur biasa kes rogol, dari 21 hingga 22 Mei, menggunakan dua teknik iaitu ujian 'Kastle-Meyer' dan 'Phosphatase'.

Terdahulu, saksi pertama Koperal Edward Darwin memberitahu mahkamah beliau menerima laporan kes rogol yang dibuat oleh anggota keluarga mangsa pada 8.24 malam, 18 Feb lepas di Balai Polis Inanam. 

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh yang hadir di mahkamah dengan ditemani isteri pertamanya manakala Datuk Mariati Robert bertindak sebagai peguam pemerhati Persatuan Undang-undang Sabah. Perbicaraan bersambung esok. - Bernama