Home

Nuff

klik kan ye

Monday, January 12, 2015

Pengusaha Online Mengeluh Bila Barang Mereka Di Rembat Oleh Kakitangan Pos


Berikut, luahan hati mangsa barang dicuri oleh kakitangan Pos Malaysia;

Dah banyak kali kena. Bulan ini je dah dua kali kene kopak. Penat report naik turun HQ dan balai polis, tapi sama juga. Makin menjadi-jadi ada laa.

Bukan nak sangat hantar guna Pos Laju pun, tapi customer yang request sebab nak save shipping.

Yang comment-comment nak salahkan orang yang menghantar tak packing betul-betul kenapa? Dah terang-terang Pos Laju yang tak amanah.

Aku pernah balut guna tape 3 layer pun kena kopak dan curi. Bazir duit beli tape je. Guna Security Seal pun kena kopak juga. Lepas itu, pencuri seal balik buat parcel nampak dalam keadaan baik. Padahal dah rembat barang di dalam.

Ada akal, fikirlah. Suka hatilah kalau nak terus salahkan orang yang menghantar. Nanti bila sudah terkena pada diri sendiri, baru tahu perasaan orang sound-sound kau balik walaupun kau mangsa.