Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, April 30, 2015

BANTULAH SAYA, HANYA RM3'


Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya.

Saya: "Tak panas ke dik?"

Budak: "Tak," 

Saya: "Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?"

Budak: "Ya, di SMK Taman Daya,"

Saya: "Dah tu kenapa jual kerepek?"

Budak: "Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,"

Saya: "Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?" 

Budak: "Ya," katanya sambil mengangguk kepala.

Jadi, saya membeli kesemua (30 bungkus) kerepek dan menawarkan diri untuk menghantarnya balik ke rumah. Dan sepanjang perjalanan dia menceritakan yang dua adik beradiknya turut menjual kerepek di Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.

Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.
Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. 
Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.
Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.
Bantulah kami, terima kasih.

Apa yang anda rasa jika anak anda sendiri terpaksa melalui kehidupan yang sedih seperti ini? Anak-anak kita di usia sebaya ini sudah tentu diisi dengan pelbagai memori indah. Tetapi mereka?

Jadi, jika anda terserempak dengan mereka di sekitar kawasan yang dinyatakan, bantulah mereka dengan membeli satu atau dua paket. 

Kongsikan dengan rakan-rakan anda agar lebih ramai yang dapat membantu mereka. Oh, kerepek mereka memang sedap. 

No comments: