Home

Nuff

klik kan ye

Tuesday, June 2, 2015

Minyak naik: Rafizi 'mengamuk' di Twitter


  • Minyak naik: Rafizi 'mengamuk' di Twitter

SHAH ALAM – “Harga minyak naik. Kesianlah kat rakyat!” demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di laman mikroTwitternya sebaik harga minyak diumumkan naik 10 sen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), malam tadi.

Berang dengan kenaikan tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap rakyat yang sudah pun terhimpit dengan impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu.

“Harga minyak + (tambah) GST: boleh mati!” bidasnya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan

Keluhannya  itu mendapat sokongan daripada pengikut di laman sosial itu.

Setakat berita ini ditulis, Tweet tersebut telah dikongsi dan disebarkan hampir 500 pengguna laman Twitter.

Rafizi turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak.

“Saya minta Najib wujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak supaya cukai minyak tersembunyi yang dikutip sebelum ini digunakan untuk kekalkan harga petrol,” katanya lagi menerusi akaun Twitter yang sama.

Harga runcit minyak petrol dan diesel bagi Jun dinaikkan sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi.

KPDNKK menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan harga baharu bagi RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 dengan harga RM2.35 seliter termasuk 6 peratus GST dan diesel pada kadar RM2.05 seliter.

No comments: