Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, September 14, 2017

Sediah !! Surat Dari Sorang Pelajar tahifiz Yang Terbakar di Dato Keramat K Lumpur.

Di katakan surat dr salah seorg pelajar tahfiz kpd ibu bapa yg dtg ziarah semlm..allahhurabbi..semoga semua tenang gembira disana..amin..

Friday, August 25, 2017

Puteri Sirivannavari atlet VVIP yang dikawal 16 Stafoc


Puteri Sirivannavari atlet VVIP yang dikawal 16 Stafoc

KEHADIRAN Puteri Sirivannavari Nariratana, 30, anak Raja Vajiralongkorn, merupakan atlet VVIP Thailand yang mengambil bahagian dalam acara ekuestrian Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dijadualkan bermula Selasa ini.
Memetik laporan sebuah portal, difahamkan, seramai 16 pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) ditempatkan mengawasi pergerakan puteri itu sepanjang berada di negara ini.
Manakala 24 petugas lain ditugaskan mengawasi orang kenamaan yang lain.
Semua elemen Jabatan Siasatan Jenayah seperti  STAFOC, Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) itu turut digabungkan untuk menjaga keselamatan seorang puteri Raja Thailand yang mana sebahagian besar daripada pegawai dan anggota terbabit akan memakai uniform lengkap dengan peralatan keselamatan.
Ia bertujuan sebagai langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman serta tindakan pencegahan.
Puteri Sirivannavari yang turut menyertai perarakan kontinjen di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena upacara perasmian malam kelmarin turut diperkuatkan dengan pengawasan pasukan JSJ.
Selain itu, pengawasan dengan meningkatkan kehadiran polis turut dijalankan di lokasi tumpuan awam dan pelancong seperti pusat beli-belah selain tempat penginapan atlet dan deligasi asing.

Tuesday, June 6, 2017

Perghhh !!! Urut bogel di bulan Ramadan

Perghhh !!! Urut bogel di bulan Ramadan


Urut bogel di bulan Ramadan 

Seramai 13 tukang urut warga asing yang dicekup dalam Operasi Bersepadu bersama D7 IPD Subang Jaya, malam semalam.
 
SUBANG JAYA – Mengurut pelanggan sambil berbogel! Itu aktiviti jijik ditawarkan tukang urut di sebuah premis dalam sebuah hotel terkenal di Subang Jaya di sini.
Aktiviti mencemarkan kesucian bulan Ramadan itu berjaya dihidu anggota Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas menerima aduan daripada orang awam selain risikan dilaksanakan.
Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya menyerbu premis tersebut dalam Operasi Bersepadu bersama Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, malam semalam.
Menurutnya, seorang tukang urut didapati leka melayan pelanggan manakala yang lain termasuk seorang mengaku beragama Islam menunggu pelanggan dalam sebuah bilik.
“Ketika diserbu terdapat seorang pelanggan sedang diurut manakala seorang lagi berada di luar tidak pasti sama ada sudah mendapatkan perkhidmatan atau sebaliknya.
“Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menjalankan aktiviti tidak bermoral dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada pihak majlis,” katanya.
http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.683174.1496329673!/image/image.jpg
Beliau berkata, polis menahan, lapan warga Vietnam, seorang warga Thailand, tiga warga Indonesia dan seorang warganegara yang beragama Islam.
Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis.
“Anggota menyita peralatan digunakan dan membuat penutupan premis di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013 kerana mengendalikan pusat urut tanpa lesen.
“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Subang Jaya kerana didapati tidak memiliki permit perjalanan yang sah,” katanya.
Operasi semalam diketuai  Mazrul Zahar Mohd dengan 19 anggota bersama lima anggota dari D7 IPD Subang Jaya.

Tuesday, May 9, 2017

Perghh !! Polis terima laporan kereta dipandu melawan arus


Polis terima laporan kereta dipandu melawan arus
Antara rakaman video yang tersebar dan menjadi tular sejak Khamis lalu.
KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan ada menerima laporan seorang pemandu kereta didakwa memandu secara berbahaya dengan melawan arus dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu di Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2), Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, laporan dibuat oleh anggota polis selepas meneliti rakaman video yang tersebar dan menjadi tular di media sosial.
“Siasatan awal mendapati video yang merakamkan sebuah kereta berwarna merah yang dipandu secara melawan arus itu tersebar kira-kira jam 2.15 petang hari kejadian dan laporan berhubung kejadian diterima kira-kira jam 3 petang.
“Kes berkenaan kini masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Satu rakaman video dipercayai dirakam oleh salah seorang pengguna LPT2 menyaksikan pemandu sebuah kereta berwarna merah dengan selamba memandu dengan melawan arus dan kelihatan beberapa buah kenderan lain termasuk sebuah lori berada di laluan tersebut.
Meskipun tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, namun sikap tidak bertanggungjawab pemandu itu mengundang rasa marah netizen sehingga ada yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan berat kepada individu tersebut.

Friday, March 17, 2017

Port Ikan Bakaq Yang Baru, Sempoiii Di Penang


Rasanya ramai warga Penang dan pelancong luar yang tak tau lagi port ikan bakaq yang sempoi dan sedap terletak di Tanjung Bungah .Lan's Corner Ikan Bakar namanya.
Kedai Ikan bakar yang baru di buka di pulau pinang. Lokasi kedai terletak Bersebelahan Pejabat Pos Tanjung Bungah. DIkenali dengan nama "KEDAI PAYUNG" oleh masyarakat setempat. Pasai ada hiasan payung yang sangat cantik.



Antara menu yang menjadi pilihan ramai pelanggan ialah aneka jenis ikan bakar ,SOTONG GORENG TEPUNG dan aneka seafood serta kelainan kedai ini ialah sambal ikan bakar yang dikatakan " SAMBAI MELETOP BAQ HANG ". Hidangan ala shell out pun ada menanti ampa semua.
Waktu operasi : 5.30 ptg hingga 1pagi.
Lokasi : Bersebelahan pejabat pos cawangan tanjung bungah. sebelum masjid Terapung.
Call untuk pertanyaan @ tempahan : 018 4094227 ( azlan ) @ 01129282922 ( najid )

Thursday, February 23, 2017

Kes Jong-nam: Suspek Wanita Vietnam Minat Jadi Penyanyi

Kes Jong-nam: Suspek Wanita Vietnam Minat Jadi Penyanyi



KUALA LUMPUR: Seorang wanita Vietnam yang juga suspek kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara didapati meminati bidang nyanyian, berdasarkan gambar-gambarnya di laman media sosial, Facebook.
Empat hari sebelum Kim Jong-nam terbunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), dia telah menyiarkan gambar dirinya memakai baju terpampang dengan akronim 'LOL', sama dengan yang dipakai oleh suspek yang berjaya dirakam oleh CCTV berhubung kes pembunuhan itu.
Doan Thi Huong telah bekerja di sebuah pusat hiburan, menurut polis Malaysia, yang telah menahannya berkaitan pembunuhan Jong-nam.
Di sebuah kawasan sawah padi di utara Vietnam, keluarga yang butirannya anak perempuan sepadan dengan polis Malaysia berkata tidak banyak yang mereka tahu tentang suspek wanita itu sejak dia meninggalkan rumah ketika berumur 18 tahun.
Posting terakhir pada sebuah laman Facebook atas nama 'Ruby Ruby', yang mana ahli keluarga mengesahkannya sebagai salah sebuah akaun Thi Huong, bertarikh 11 Februari dari Kampong Besut, Malaysia.
"Saya mahu terus tidur tetapi di sisi kamu," posting itu dibaca bersama gambarnya yang memejamkan mata dan berselimut di atas katil.
Polis Malaysia berkata Doan dan seorang wanita warga Indonesia telah menyapu cecair mengandungi bahan toksik yang masih belum dapat dikenal pasti pada muka Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu.
Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Thi Huong digambarkan oleh polis sebagai pekerja pusat hiburan', tetapi mereka tidak memberi butir-butir di mana dia telah bekerja atau apa status imigresen dirinya.
Menerusi satu lagi akaun Facebook, dipaparkan gambar suspek sebagai salah seorang peserta Vietnam Idol. Akaun ini atas nama "Bella Tron Tron Bella" - Chubby Bella. Bagaimanapun tiada posting selepas November.
Seorang wanita yang mirip Thi Huong dengan nombor peserta 67816 sedang bernyanyi pada pertandingan yang berlangsung 3 Jun 2016.
Peserta itu menamakan Nam Dinh sebagai tempat asalnya, lokasi sama yang tercatat pada pasport Thi Huong, bagaimanapun namanya adalah Dinh Thi Khuyen.
Bagaimanapun dia hanya beraksi pada pusingan pertama pertandingan itu.
Pada 24 Mac tahun lalu, wanita berkenaan menulis di Facebook,"Mahu saya nyanyi untuk anda malam ini?"

"Sila jawab segera dan sertakan nombor telefon di bahagian komen. Saya akan hubungi anda dan bernyanyi untuk anda."

Ahli keluarga wanita itu kebanyakannya mengerjakan sawah padi di sekitar kediaman mereka di Nam Dinh di kawasan delta Sungai Merah, Hanoi.

Thi Huong yang kini berusia 28 tahun sesekali turut pulang ke kampung halamannya.

Bapanya, Doan Van Thanh yang juga veteran perang yang cedera di kaki itu berkata, pihak berkuasa menghubunginya sebaik anaknya ditahan di Malaysia.

"Walaupun saya bapanya, apa yang berlaku diluar kawalan, saya tidak tahu," kata lelaki berusia 63 tahun yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Pegawai polis Korea Selatan berkata, Thi Huong telah melawat destinasi percutian di Pulau Jeju pada November lalu selama empat hari dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui pergerakannya di sana.

Daripada 65 kenalannya menerusi Facebook "Ruby Ruby", 27 daripadannya memiliki nama Korea dan 56 daripada kenalan itu adalah lelaki.

Salah satu status pada akaun Facebook menggunakan bahasa Korea pada 23 Mac tahun lalu yang bermaksud, "I love you, I miss you".

Kebanyakan gambar dalam akaun laman sosial itu menunjukkan Thi Huong menghadiri majlis keraian dan sentiasa dalam keadaan ceria.

Kosmetik, pakaian dan premis makanan segera antara yang diminatinya, manakala pendidikannya dicatat sebagai Harvard walaupun keluargannya tidak mempercayainya.

Pada 3 Januari, Thi Huong memuatnaik gambar dia menaiki pesawat dari Hanoi ke Kuala Lumpur. Ahli keluargannya berkata, kali terakhir dia pulang ke kediaman keluargannya adalah antara 25 hingga 29 Januari lalu.

Wanita ini juga terlibat dalam video dalam talian yang dimuatnaik pada April tahun lalu menerusi siaran Vietnam YouTuber.- Reuters

Tuesday, January 24, 2017

Dahsyatt : Tolak Hubungan Seks, Isteri Maut Ditikam Suami

Dahsyatt : Tolak Hubungan Seks, Isteri Maut Ditikam Suami




(
SEMPORNA: Seorang wanita berusia 38 tahun maut selepas ditikam suaminya menggunakan sebilah pedang samurai kerana menolak untuk mengadakan hubungan seks.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi Ahad itu, mangsa dikenali sebagai Norminah Bollok, 38, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Semporna akibat kecederaan parah di bahagian rusuk dan pergelangan tangan.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, berkata suami mangsa melarikan diri selepas insiden itu.
"Kami sedang memburu suspek yang melarikan diri bersama beg yang mengandungi pelbagai dokumen milik anak-anaknya," kata Umbuas.
Beliau berkata mereka menjumpai sebilah pedang samurai yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Berdasarkan siasatan awal polis, beliau berkata suspek bangun pada awal pagi lalu pergi ke bilik isterinya untuk melakukan hubungan seks.
Namun, hasratnya itu telah ditolak oleh mangsa menyebabkan suspek berang lalu menikam isterinya.
Dia kemudiannya melarikan diri manakala anak-anak mangsa membawa ibu mereka ke hospital.
Umbuas berkata pasangan itu dikurniakan lapan anak, empat lelaki dan empat perempuan berusia antara 13 dan 22 tahun.