Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Wednesday, May 30, 2012

Nelayan Tangkap ikan pelik

PELIK...Othman memegang ikan ganjil yang ditangkap nelayan pesisir pantai di Kuala Kerteh. KERTEH: “Saya terkejut melihat rupa bentuk ikan berkenaan sebelum membuat keputusan membelinya,” kata Othman Abu Bakar, 63, yang membeli ikan mempunyai fizikal ganjil sepanjang tiga meter dan berat sembilan kilogram daripada seorang nelayan di jeti Kuala Kerteh, di sini, kelmarin. Othman berkata, ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan. Katanya, ikan berkenaan dibawa pulang nelayan terbabit jam 11 pagi kelmarin dan dia yang secara kebetulan berada di jeti berkenaan tertarik hati untuk membelinya. “Orang ramai yang ada di situ hairan melihat ikan berkenaan yang menyerupai naga, tetapi berwarna putih dan mempunyai kulit kasar seperti pari, namun tidak bersisik manakala sirip dan kepalanya seperti naga serta badannya lembik seolah-olah tidak bertulang. “Saya meminta kebenaran nelayan berkenaan membeli ikan itu kerana selain tidak pernah melihatnya sebelum ini, saya juga berhajat membawanya pulang bagi ditunjukkan kepada penduduk kampung,” katanya yang enggan memaklumkan harga dibayarnya bagi membeli ikan berkenaan. Menurutnya, sebaik pulang ke rumah di Kampung Telaga Papan, di sini, dia dimaklumkan beberapa jirannya mereka juga tidak pernah melihat ikan berkenaan. “Bagaimanapun, ketika ikan itu dibawa naik ke darat, sebahagian kepalanya sudah hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat yang digunakan nelayan. “Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya melihat ikan sedemikian rupa dan rakan nelayan di kampung ini juga tidak pernah mendapat tangkapan sepelik itu,” katanya yang bekerja sebagai pengeluar minyak urut. Othman berkata, dia mungkin mengeringkan ikan itu dan cuba dijadikan ramuan menghasilkan minyak urut. Sementara itu, Pegawai Penyelidik Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, ikan itu dikenali sebagai ikan naga daripada keluarga Regalecidae yang juga ikan bertulang terpanjang di dunia. “Laut China Selatan adalah satu daripada habitat ikan berkenaan dan bukan mustahil ia tersangkut pada pukat nelayan. “Mengikut rekod jabatan, pihak kami pernah menerima ikan spesies itu daripada nelayan tempatan sekitar tahun 1990-an,” katanya yang memberitahu ikan naga terpanjang pernah ditangkap di Vietnam sepanjang 10 mete

Tuesday, May 29, 2012

Justin Bieber diburu polis

MARAH...Bieber selepas bergaduh.
MANGSA...jurugambar terbabit menerima rawatan. LOS ANGELES: Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar. Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan. Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California. Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang. Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: “Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi. “Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya.” Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu. Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular. Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: “Saya sering mahu berkata, ‘Cukup setakat in. Saya tidak mahu lakukannya lagi.’” - DM MEtro

Monday, May 28, 2012

Warnida , dapat panggilan lucah..mari baca

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya. Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi. “Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu. “Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut. “Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sunday, May 27, 2012

Panas !! Mengandong Lagi Kris Dayanti NIe...!!!

Hamil Dua Bulan, Krisdayanti Malas Berhias Krisdayanti. BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. "Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami," ujarnya. Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. "Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini," ujarnya.

Saturday, May 26, 2012

Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah..Patung Ciptaan Manusia Terbakar

Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah..Patung Ciptaan Manusia Terbakar
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit
Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut terbakar kena petir...itulah kekuasaan Allah....adakah kamu berfikir...
Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah....
Kelihatan Patung ciptaan manusia terbakar selepas terkena panahan petir صباح الخير .. حيا الله الطيبي Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US . Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber. Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar. Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah. *~*{ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين }*~* *~*{ سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك أللهم وأتوب إليك }*~* Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, Sedutan dariu blig...http://www.kachipemas.blogspot.com http://www.kachipemas.blogspot.com/2010/07/allah-hu-akhbar-bukti-kekuasaan.html

Friday, May 25, 2012

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani..Demi Isteri Tersayang

YUSRY dan Lisa akan memasuki rumah baharu pada Julai depan. KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini. Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin. “Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah. “Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Thursday, May 24, 2012

Demi Anak sakit, Amah sanggup curi berlian

Lis dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam untuk direman. PETALING JAYA - Seorang amah warga Indonesia yang melarikan sejumlah barangan kemas milik majikannya di Kelana Jaya pada Isnin lalu mendakwa dia bertindak demikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi merawat anaknya yang sakit. Difahamkan, anak wanita itu berada di Surabaya, Indonesia. Jurucakap polis berkata, perkara itu diceritakan oleh suspek yang berusia 29 tahun selepas dia ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sebuah rumah di Pangsapuri Idaman, Kampung Melayu Subang kelmarin. Amah terbabit yang dikenali sebagai Lis kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman yang akan berakhir Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret di sini. Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan, Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad mendakwa, barangan kemas milik anaknya dilarikan oleh seorang amah dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari di rumahnya di SS7/4, Kelana Jaya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday, May 23, 2012

Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV..Jom Terjah

AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008. KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok. Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005. Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut. “Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini. “Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tuesday, May 22, 2012

Kompom.. Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi

KUALA LUMPUR - Aktres dan pengacara, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar kini secara rasmi mengundur diri sebagai pengacara program sensasi Melodi bersama Zizan Razak dan tempatnya digantikan oleh pengacara, Awal Ashaari bermula pada Jun ini. Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbitan Melodi menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Kosmo! semalam. Menurut penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, pemilihan Awal dibuat selepas perbincangan dan keserasian yang dapat dilihat antara Awal dan Zizan. "Pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. "Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Monday, May 21, 2012

5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri

Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki lima anggota polis yang remuk selepas merempuh pintu pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya kelmarin. KUALA LUMPUR - Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil secara berperingkat. "Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang. "Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sunday, May 20, 2012

Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest

GAMBAR fail 9 Mei 2002 menunjukkan Tamae Watanabe (kanan) bersama jurugambar Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest di Nepal. KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur. Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet. Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi. "Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini. "Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya. Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska. Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan. Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari. Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP

Friday, May 18, 2012

Penyanyi Donna Summer Meninggal Dunia Kerana Kanser

Donna Summer LOS ANGELES: Penyanyi era muzik disko 70-an, Donna Summer telah meninggal dunia pada Khamis (waktu tempatan) kerana kanser. Mendiang berusia 63 tahun. Jurucakap kepada pemenang anugerah Grammy sebanyak lima kali itu berkata, Summer menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Naples, Florida. Namun, mereka enggan mendedahkan butiran mengenai kematiannya. "Pada awal pagi ini (pagi Khamis), kita telah kehilangan Donna Summer Sudano, seorang wanita yang berbakat besar. Dalam kesedihan kita meratapi kematiannya, kita turut meraikan kehidupannya yang gemilang dan legasi muzik yang ditinggalkan," kata keluarga Summer dalam satu kenyataan. Sepanjang kariernya, Summer mempunyai 32 single hit di carta Billboard, termasuk empat buah lagu yang berada pada kedudukan nombor satu. Karier nyanyian bintang itu menghadapi kejatuhan pada era 90-an, selepas dia memeluk agama Kristian dan melancarkan lagu berjudul I Believe in Jesus. Album terakhirnya, Crayons yang diterbitkan pada 2008 tampil dengan tiga lagu hit I'm a Fire, Stamp Your Feet and Fame. Pada 2009, Summer membuat persembahan pada konsert Nobel Peace Prize di Norway sebagai penghormatan kepada penerima anugerah itu yang juga Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Dia juga pernah muncul pada program televisyen seperti America's Got Talent dan Platinum Hit pada tiga tahun lalu. Lagu terakhirnya adalah To Paris With Love yang dirakamkan pada 2010.

Wednesday, May 16, 2012

Terhot...Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan

SELEPAS tempoh bidaan ditutup tengah hari kelmarin, kakitangan JPJ kini sibuk memproses kesemua permohonan sebelum keputusannya diumumkan pada 24 Mei ini. PUTRAJAYA - Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin. Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'. Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan mereka. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Monday, May 14, 2012

Hebat City dan luar biasa

LONDON – Manchester City menamatkan kemarau selama 44 tahun apabila menjuarai gelaran Liga Perdana England musim ini. Kejayaan itu hadir selepas skuad kendalian Roberto Mancini mencatat kemenangan 3-2 pada aksi terakhir liga menentang Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Etihad malam tadi. Sebagai rekod, kali terakhir City melakar kejuaraan adalah pada musim 1968. Meskipun berkongsi 89 mata dengan pencabar terdekat, Manchester United, City lebih layak dinobatkan selaku juara apabila memiliki kelebihan empat gol, sekali gus unggul di tangga teratas liga. Pada aksi penuh dramatik malam tadi, City terlebih dahulu di depan selepas Pablo Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke-39 sebelum Djibril Cisse menyamakan kedudukan minit ke-48 . Jamie Mackie menceriakan penyokong QPR apabila meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada minit ke-66. Ketika perlawanan dilihat bakal menyebelahi QPR, City seolah-olah mendapat semangat luar biasa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit masa kecederaan. Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Edin Dzeko pada minit ke-92 dan Sergio Aguero dua minit kemudian. Kemenangan itu memusnahkan impian United yang dalam misi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu biarpun berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland dalam satu lagi pertemuan di Stadium of Light malam tadi. Sebaliknya, skuad The Red Devils terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga kedua. Sementara itu, pemburuan slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menjadi milik Arsenal selepas berjaya menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga – Agensi

Wednesday, May 9, 2012

Panas,,Pagi Bro..Beego tidak mengaku berkhalwat

KUALA LUMPUR – Tiga tahun menyepi selepas kontroversi perceraian di mahkamah, penyanyi dan pelakon Beego (gambar) sekali lagi mengejutkan khalayak dengan kes tuduhan berkhalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam. Beego yang dikenali menerusi sitkom Puteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin. Kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal. Menurut beliau, selain Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszarul Nizam Abdullah, 32, turut membuat pengakuan serupa ialah dua rakannya, Fikry Zainon dan Mohd. Arsli Meor Atan Ahmad masing-masing berusia 20-an dan bekerja di sektor swasta. Mereka bertiga dituduh berkhalwat dengan dua orang wanita iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhtar di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini pada pukul 6 pagi, 23 Februari 2011. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saturday, May 5, 2012

Pulau Jerejak pusat basikal bukit

PARA pemenang Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Jerejak bergambar kenangan di atas podium selepas berakhirnya kejohanan tersebut di Pulau Pinang semalam. BUAT pertama kali, Pulau Jerejak di Pulau Pinang menjadi lokasi Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Jerejak 2012 (JRDC 12) yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan 300 pelumba dari dalam dan luar negara. Peserta tempatan dan pelumba Iran, Kemboja, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina beradu kemahiran pada pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai kira-kira RM30,000 itu. Bagi kategori utama iaitu elit, kecekapan peserta Malaysia yang mewakili pasukan Fakawi Tribe, Aaron Chan sukar ditandingi apabila melakukan catatan masa 1 jam 57 minit, menewaskan Norshahriel Haizat dari pasukan Selangor MPPJ-Polygon. Beliau menerima piala, wang tunai RM1,000 dan basikal bukit bernilai RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Kanan UDA Property Management, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman. Kategori terbuka pula menjadi milik pelumba Giant Dreamwerks, Ian Chin dengan masa 1 jam 58 minit manakala kategori Master B turut dikuasai pelumba pasukan yang sama, Andy Pang dengan masa 2 jam 24 minit. Tiga lagi pemenang ialah Triromana Yin daripada pasukan Flyinbikes bagi kategori Master A, Sheikh Mohd. Syafie daripada AF Project (kategori junior) dan pelumba perseorangan, Amir Azwan (kategori permulaan). Pengurus penganjuran, Mohd. Faizal Jusoh berkata, penyertaan daripada kira-kira 80 peserta basikal bukit profesional antarabangsa dan serantau pada perlumbaan dua hari itu meletakkan JRDC 12 pada kedudukan tersendiri. "JRDC akan dijadikan acara tahunan," katanya.

Thursday, May 3, 2012

Isteri maut ditikam kerana tegur suami malas

KINABATANGAN – Seorang isteri maut ditikam suaminya yang marah kerana isterinya menegurnya malas untuk membantu membuat kerja rumah. Kejadian berlaku di rumah pekerja sebuah ladang sawit di Ladang Genting Tanjung, Kampung Arau di sini pada pukul 7 malam semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata, selepas menikam isterinya, suspek cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebanyak sembilan kali. "Wanita itu dikenali sebagai Intan Bago berusia lingkungan 30-an yang mati di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga berusia 30-an berada dalam keadaan kritikal dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu,” katanya. Beliau berkata, mengikut laporan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri warga Indonesia itu selepas anak kecil mereka menangis. Mangsa yang berada di dapur lalu menegur suaminya kerana tidak mahu membantunya mengurus kerja rumah, kata Lugu dan menambah suspek yang naik berang dengan teguran itu lalu meluru ke dapur dan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau. "Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi rebah berhampiran pintu belakang rumah itu dan suaminya yang panik dengan keadaan itu bertindak menikam diri sendiri untuk membunuh diri,” katanya. – BERNAMA