Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, May 24, 2012

Demi Anak sakit, Amah sanggup curi berlian

Lis dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam untuk direman. PETALING JAYA - Seorang amah warga Indonesia yang melarikan sejumlah barangan kemas milik majikannya di Kelana Jaya pada Isnin lalu mendakwa dia bertindak demikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi merawat anaknya yang sakit. Difahamkan, anak wanita itu berada di Surabaya, Indonesia. Jurucakap polis berkata, perkara itu diceritakan oleh suspek yang berusia 29 tahun selepas dia ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sebuah rumah di Pangsapuri Idaman, Kampung Melayu Subang kelmarin. Amah terbabit yang dikenali sebagai Lis kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman yang akan berakhir Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret di sini. Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan, Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad mendakwa, barangan kemas milik anaknya dilarikan oleh seorang amah dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari di rumahnya di SS7/4, Kelana Jaya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.