Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, May 5, 2012

Pulau Jerejak pusat basikal bukit

PARA pemenang Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Jerejak bergambar kenangan di atas podium selepas berakhirnya kejohanan tersebut di Pulau Pinang semalam. BUAT pertama kali, Pulau Jerejak di Pulau Pinang menjadi lokasi Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Jerejak 2012 (JRDC 12) yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan 300 pelumba dari dalam dan luar negara. Peserta tempatan dan pelumba Iran, Kemboja, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina beradu kemahiran pada pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai kira-kira RM30,000 itu. Bagi kategori utama iaitu elit, kecekapan peserta Malaysia yang mewakili pasukan Fakawi Tribe, Aaron Chan sukar ditandingi apabila melakukan catatan masa 1 jam 57 minit, menewaskan Norshahriel Haizat dari pasukan Selangor MPPJ-Polygon. Beliau menerima piala, wang tunai RM1,000 dan basikal bukit bernilai RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Kanan UDA Property Management, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman. Kategori terbuka pula menjadi milik pelumba Giant Dreamwerks, Ian Chin dengan masa 1 jam 58 minit manakala kategori Master B turut dikuasai pelumba pasukan yang sama, Andy Pang dengan masa 2 jam 24 minit. Tiga lagi pemenang ialah Triromana Yin daripada pasukan Flyinbikes bagi kategori Master A, Sheikh Mohd. Syafie daripada AF Project (kategori junior) dan pelumba perseorangan, Amir Azwan (kategori permulaan). Pengurus penganjuran, Mohd. Faizal Jusoh berkata, penyertaan daripada kira-kira 80 peserta basikal bukit profesional antarabangsa dan serantau pada perlumbaan dua hari itu meletakkan JRDC 12 pada kedudukan tersendiri. "JRDC akan dijadikan acara tahunan," katanya.