Home

Nuff

klik kan ye

Tuesday, March 3, 2015

Sadis Nota Terakhir Sebelum Mati..

Nota Terakhir Sebelum Mati..



ALOR GAJAH - Seorang lelaki sempat menulis sekeping nota tentang perancangan hidupnya bagi tahun 2015 termasuk 'bersiap sedia untuk mati'. 

Gambar itu dikirimkan melalui aplikasi sms WhatsApp kepada rakannya sebelum terbabit dalam sebuah kemalangan maut di Jalan Hutan Perca-Tampin, awal pagi semalam.

Nota yang ditulis oleh Mohd Firdaus Jamaluddin, 23, itu dikirim melalui WhatsApp yang menunjukkan Allahyarham berhasrat mahu menyenangkan ibu bapanya, memiliki kereta dan rumah sendiri, kahwin dengan perempuan dari negara Turki, menjadi kapten kapal dan bersyukur dengan nikmatNya.

Firdaus yang juga seorang kelasi kapal dikatakan sedang bercuti telah menumpang lori muatan arang batu yang dipandu oleh rakannya, Mohd Faizal Musan, 23, tersepit di tempat duduk penumpang setelah kenderaan itu hilang kawalan dan berlanggar dengan sebuah lori sebelum terbabas pada kejadian jam 1.45 pagi itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa baru dua hari bercuti keluar dari rumah jam 10 malam dengan rkaannya, Faizal, sebelum minum bersama S Ramesh, 38, di gerai makan pekan Alor Gajah. 

Difahamkan, kedua-dua lori terbabit dalam perjalanan dari Bukit Bulat ke Gemencheh yang membawa muatan arang batu dari kilang di sekitar Bahau sebelum terbabit dalam kemalangan.

No comments: