Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, September 16, 2010

Abby tuntut hutang kahwin


KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

"Norman memang ada beberapa hutang yang dia belum jelaskan kepada saya selain wang hantaran itu," ujar Abby ketika dihubungi semalam...Kosmo..

Tuesday, September 14, 2010

Sosilawati dikebumi di kampung


ERNI keluar dari pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam setelah mengambil beberapa dokumen.

BATU PAHAT - Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan di sini.

Adik iparnya, Misjan Jamikan, 48, berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti semalam. sumber Kosmo

Saturday, September 11, 2010

Sambutan Hari Raya Pertama


Salam buat semua...

Sambutan hari raya tahun ini...sederhana tetapi meriah...
pagi lagi ialah aktiviti.. yang saya dan anda laksanakan ialah :
pertamanya menziarahhi pusara kedua Ibu bapa.
keluarga bersalaman serta bermaaf maafan antara satu sama lain
menunaikan solat adil fitri di surat atau masjid..
besalaman sesama jemaah yang datang menunaikan solat aidil fitri
Kemudian pulang ke rumah ...menyediakan juadah makanan untuk tetamu tetamu serta jiran mula hadir unutk memeriahkan suasana hari raya....
Tetamu hadir mula jam 10. pagi sehingga jam 1 tgh hari sebelum solat jumaat... selepas solat jumaat ..aku dan keluarga berkunjung ke rumah jiran pula.... sampai jam 6 aku pulang ke rumah...sebab adik ipar call nak datang bersama keluarganya....selepastu ...kami sekeluarga berkemas dan rehat..malam tidur awal sebab letih makan kut.............
syukran kehadrat ilahi yang menganugerahkan sihat dan cuaca yang terang hari ni.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zair Dan Batin




Saya Dan Keluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, semoga kita semua ceria selalu..yang tak sempat nak follow nanti selepas hari raya ye.....apa yang salah tersilap harap dimaafkan.....

Dalam bulan ramadhan ni banyak perkara ..salah dilakukan..kita mohon ampun kepada Allah..kepada manusia kita mohon ampun darinya...ok

Sunday, September 5, 2010

Si cilik Ardi sudah berhenti rokok,Syukran

JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.

Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.

Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.

Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.

Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP

Friday, September 3, 2010

Kereta Ferrari ditarik balik selepas terbakar


GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Ferrari yang terbakar di Paris, Perancis.

ROM - Pengeluar kereta terkenal Itali, Ferrari kelmarin menarik balik semua model 458 yang dikeluarkan sebelum Julai lalu di seluruh dunia selepas beberapa buah kereta itu terbakar secara tiba-tiba, lapor sebuah akhbar semalam.

Penarikan 1,248 buah model terbaru itu dengan nilai £212 juta (RM1.02 bilion) dibuat ekoran lima kes kebakaran misteri yang melibatkan kereta tersebut dilaporkan berlaku di California, Paris, Switzerland dan China.

Syarikat pembuat kereta Ferrari itu mula melakukan siasatan pada minggu lalu.

Namun, semalam, ia mengumumkan satu kecacatan dikesan pada lingkungan roda belakang model itu yang dipasang dengan sejenis gam khas sehingga menjadikan ia mudah cair.

Kecacatan itu menyebabkan bahagian kemasan roda yang bersentuhan dengan paip ekzos panas sekali gus mengakibatkan lapisan aluminium pada kereta tersebut cair dan akhirnya berlaku kebakaran.

Pihak Ferrari telah menghubungi pemilik kereta itu dan menawarkan untuk membaik pulih tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Kereta yang rosak teruk akan diganti dengan yang baru secara percuma jika kerosakan berlaku akibat daripada masalah tersebut.

Model 458 dijual pada harga £170,000 (RM816,937). - Agensi

Thursday, September 2, 2010

Cara remaja rai merdeka ditegur


GEORGETOWN - Sambutan menyambut detik 12 malam sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke 53 di sini dicemari dengan pelbagai aksi liar remaja yang membimbangkan. Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan tumpuan sekitar negeri ini mendapati golongan remaja tanpa segan silu duduk berdua-duaan di pesisiran pantai Queensbay dan persiaran Gurney. Walaupun umat Islam masih lagi berada dalam bulan Ramadan, terdapat juga remaja perempuan yang memperagakan pakaian menyolok mata selain ada beberapa kumpulan yang tanpa segan silu menunggang arak beramai-ramai. Sinar Harian juga berkesempatan menyertai Operasi Kasih Sayang Remaja Malam Merdeka anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang yang bertujuan membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu menghimpunkan 400 ahli sukarela dari 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi yang prihatin terhadap masalah sosial remaja terutama kegiatan maksiat. Pengerusi Unggas, Mohd Nizam Mahshar berkata, dalam operasi semalam, pihaknya menyasarkan dua lokasi utama iaitu sekitar kawasan pantai Queensbay dan Pantai Bersih, Bagan Ajam yang dijadikan ‘port’ remaja melepak sementara menunggu detik jam 12 malam. Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan sehingga jam 4 pagi semalam, lebih 5,000 remaja ditemui berpelesiran di sekitar kawasan Queensbay dan Pantai Bersih serta mendapati lebih 100 pasangan yang bukan muhrim duduk berduaan sambil melakukan perbuatan yang tidak senonoh. “Kita mendapati keramaian seperti ini terutamanya pada malam merdeka, malam tahun baru dan sambutan hari kekasih mengundang pelbagai kegiatan sosial yang serius. “Kita mengambil pendekatan turun padang ke port-port sosial dan memberi nasihat serta kaunseling kepada mereka agar dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perbuatan maksiat kerana pada masa kini gejala tersebut semakin berleluasa termasuk pembuangan bayi,” katanya pada sidang media, semalam. Nizam berkata, dalam operasi yang diadakan semalam, mereka juga mengedarkan 10,000 risalah mengenai bahayanya perbuatan maksiat serta kesannya terhadap kehidupan seharian remaja. “Kita edarkan risalah ini di beberapa tempat seperti bazar Ramadan, masjid dan beberapa lagi kawasan tumpuan. Dalam risalah berkenaan menceritakan mengenai masalah yang mungkin berlaku sekiranya anak-anak tidak pulang pada waktu malam. “Kita berharap dengan pendekatan melalui risalah ini, ibu bapa akan lebih prihatin dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka,” katanya. Sementara itu, dalam operasi semalam, Nizam berkata, pihaknya telah mendekati lebih 500 kes yang melibatkan remaja semasa meraikan sambutan malam kemerdekaan. Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan mendapati remaja tanpa berasa takut melakukan kesalahan jenayah seperti merempit, pengambilan bahan terlarang seperti dadah dan gam. Selain itu, ada remaja yang didapati meraikan merdeka dengan meminum minuman keras. Nizam berkata, selepas pemantauan dan nasihat diberikan, pihaknya mengenal pasti lebih 50 orang remaja bermasalah kritikal dan membawa mereka untuk diberikan khidmat kaunseling oleh lapan kaunselor yang diundang khas dalam operasi tersebut.