Home

Nuff

klik kan ye

Tuesday, April 19, 2011

60 jet pejuang Britain dileraikan


BEBERAPA jet Harrier berada di dalam sebuah hangar di Britain.

STAMFORD - Sebanyak 60 jet pejuang Harrier yang sepatutnya digunakan untuk menyerang tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini menunggu untuk dileraikan di beberapa buah hangar di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

Jet pejuang berkenaan yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak seperti helikopter disimpan di beberapa hangar milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dekat sini.

Semua jet pejuang itu masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam misi ketenteraan.

Namun, jet-jet tersebut akan dileraikan dalam langkah penstrukturan semula RAF bagi menjimatkan kos penyelengaraan berjumlah £750 juta (RM3.6 bilion).

Langkah tersebut dianggap merugikan Britain yang membelanjakan £30 juta (RM147.6 juta) seminggu untuk melancarkan serangan udara ke atas rejim Gaddafi di Libya.

Britain menyertai Amerika Syarikat dan Perancis dalam melaksanakan zon larangan terbang di Libya bagi mengelak Gaddafi melakukan serangan ke atas orang awam.

Jet Harrier boleh melakukan misi terbabit dari sebuah kapal induk dengan kos cuma £40 juta (RM196.8 juta) setahun. - Agensi

Nota : itulah terlampau banyak membuat jet pejuang, dan tak mampu untuk selenggarakannya. adakah ini satu pembaziran?..jual pada negara yang mampu untuk membelinya.