Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, December 3, 2011

Ada buaya..di Kajang ke..? Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air

Nampak macam Buaya je ..betul ke...?

BANJIR kilat selepas hujan lebat petang semalam mengakibatkan sebahagian besar bandar Kajang lumpuh seketika.

KAJANG - Hujan lebat lebih sejam mulai pukul 2 petang semalam menyebabkan sebahagian besar daripada bandar ini ditenggelami air sehingga satu meter dalam masa hanya kira-kira 15 minit.

Ramai penduduk khususnya pemilik kedai dan pemandu kenderaan dikejutkan dengan limpahan air secara tiba-tiba khususnya di sekitar Plaza Metro Kajang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jerlok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.

Menurut Mohd. Sani, beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang, pasar besar dan sekitar pusat perniagaan berdekatan ditenggelami air.

"Air dikatakan naik mendadak sehingga ke paras pinggang, namun banjir kilat ini kembali surut lewat petang," katanya dengan menambah, kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah pekan Semenyih berhampiran Jalan Bangi Lama dan Jalan Jerlok..KOSMO

11 comments:

TiraPengemis said...

da mcm air milo...hehhee

qasehraihan said...

aah mcm buaya..huhu

HAW said...

betullah! mcm buaya.. klu lah betul, bertambah2 bala lah kajang

~Nana BamBam~ said...

sian banjir...mana xnya, 3 jam hujan turun x henti2..

Abu Luqman said...

ye betul ...cian depa ye

afzalsukasuki said...

aku org kajang - untuk makluman buaya tu kata dia bukan buaya, dia cuma memerang yang menyamar buaya :P

misyamissyou said...

mcm kayu je..huhuu untung 3 jam banjir..org yg kne banjir berhari2? hurm harap2 xbanjir la..susah

mokcik-ann said...

mokcik pun dok kajang. tp tak tahu lak pekan kajang banjir masa tu.. huhu.. sib baik tak kuar hari tuh.. kalu tak jumpa bujang senang lak

Animexited said...

What thats??a crocodile???? visit me back and follow also tnx!!! http://animexited.blogspot.com

郑佳颖 said...

nfl jerseys
adidas stan smith
asics sneakers
yeezy boost
basketball shoes
converse outlet store
kobe 11
nike lebron 14
yeezy boost 350 v2
air max 90

raybanoutlet001 said...

polo ralph lauren
coach handbags
oakley sunglasses wholesale
dolce and gabbana shoes
gucci handbags
nike tn
ralph lauren outlet
salvatore ferragamo shoes
nike outlet
nike air huarache