Home

Nuff

klik kan ye

Friday, December 30, 2011

Terpukau Dengan Keajaiban Ciptaan Ilahi





setelah aku buka Internet.dan buat search..aku terpegun dengan ciptaan ilahi..yang tak boleh dibuat oleh manusia..boleh buat tetapi dengan izin nya...allah hu akhbar..

Tuesday, December 27, 2011

Pecah lapisan ais untuk tangkap ikan


SEORANG nelayan memegang seekor ikan yang ditangkap menerusi jaring selepas lapisan ais dipecahkan di Changchun, China semalam. - AFP

CHANGCHUN, China - Sekumpulan nelayan menangkap ikan dengan memecahkan lapisan ais untuk menangkap ikan di sini semalam.

Pada setiap musim sejuk, nelayan-nelayan, penduduk dan pelancong akan bekerjasama untuk memecahkan lapisan ais dan meletakkan jaring untuk menangkap ikan.

Jaring itu boleh mencecah sehingga 2,000 meter.

Sebuah jaring boleh mengaut ikan seberat 15 tan.

Sejarah menangkap ikan pada musim sejuk dikesan berlaku pada zaman pemerintahan Dinasti Liao pada 907 hingga 1125 Tahun Masihi. - AFP

Saturday, December 24, 2011

Tidak ramai wanita guna silikon untuk buah dada...



KUALA LUMPUR – Orang ramai terutamanya golongan wanita tidak perlu bimbang dengan penarikan produk berasas silikon yang digunakan untuk membesarkan buah dada oleh sebuah firma di Perancis memandangkan ia tidak digunakan secara meluas di Malaysia.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Datuk Nancy Ho berkata, pembedahan implan payudara tidak banyak dipraktikkan oleh wanita tempatan kerana kebanyakan mereka selesa dengan saiz yang sedia ada.

“Pembedahan memasukkan implan payu dara tidak boleh dilakukan oleh orang biasa yang tidak arif dalam dunia perubatan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan wanita.

“Mereka juga seharusnya merujuk kepada doktor bertauliah dari klinik pakar atau hospital yang berlesen serta berdaftar sebelum menjalani pembedahan plastik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Thursday, December 22, 2011

Tanduk badak sumbu dipotong diganti dengan kayu


AFP RUPA kepala seekor badak sumbu yang diawet selepas tanduk haiwan itu dipotong di Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Bern, Switzerland.

GENEVA - Pihak pengurusan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Bern, Switzerland mengambil langkah drastik apabila bertindak menggantikan tanduk enam ekor badak sumbu yang diawet dengan kayu bagi mengelak ia dicuri.

Langkah itu dibuat selepas beberapa kurator muzium itu mendengar tanduk badak sumbu dicuri di beberapa muzium di seluruh Eropah termasuk di Britain, Perancis dan Jerman.

Tanduk badak sumbu amat berharga di Asia kerana kebanyakan penduduk menganggap ia boleh digunakan untuk melawan penyakit dan menguatkan tenaga batin.

Menurut pihak muzium itu, sejak beberapa bulan lalu, tanduk itu berharga di antara 20,000 franc (RM68,177) dan 250,000 franc (RM852,261).

"Di pasaran gelap, tanduk badak sumbu lebih bernilai daripada emas," kata muzium tersebut dalam satu kenyataan. - AFP

Monday, December 19, 2011

Friday, December 16, 2011

Model lelaki sasa jadi tumpuan wanita


DUA wanita bergambar dengan beberapa lelaki sasa yang tidak berbaju di luar sebuah bangunan kedai di Jalan Orchard, Singapura kelmarin. - Reuters

SINGAPURA - Beberapa lelaki sasa yang memakai seluar berwarna merah tetapi tidak berbaju menjadi tumpuan wanita di luar sebuah bangunan kedai di Jalan Orchard di sini kelmarin.

Lelaki-lelaki itu dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia berdiri di luar bangunan kedai tersebut selama beberapa hari.

Menurut agensi berita Reuters, mereka melaksanakan misi untuk mencetuskan keterujaan orang ramai terhadap kedai fesyen Abercrombie & Fitch (A&F) di sini yang dibuka semalam.

Beberapa wanita turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan model sasa itu. - Agensi

Wednesday, December 14, 2011

Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta


Reuters SEJUMLAH orang bertindak mengangkat sebuah kereta yang melanggar seorang kanak-kanak perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya.

WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.

Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.

Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.

Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.

Monday, December 12, 2011

Pemandu cekap letak kereta di ruang sempit


SIRI urutan gambar di New York menunjukkan seorang pemandu meletak kereta sedan di ruang yang cuma boleh memuatkan sebuah kereta kompak. - YouTube

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.

Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.

Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.

Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini. - Agensi

Thursday, December 8, 2011

Anjing gergasi tarik kereta kayu


SEEKOR anjing gergasi spesies Newfoundland menarik sebuah kereta kayu yang membawa sebatang pokok Krismas di Dalby, Britain kelmarin.

DALBY, Britain - Seekor anjing gergasi menarik kereta kayu yang membawa sebatang pokok Krismas dari sebuah hutan di sini dekat Pickering, utara England kelmarin.

Pemilik anjing itu, merupakan anggota pertubuhan kebajikan Aqua Nova Bears.

Anjing itu akan menarik kereta yang membawa pokok Krismas ke kereta para pelanggan.

Khidmat haiwan itu digunakan bagi memperoleh sumbangan wang untuk dana perkhidmatan ambulans Yorkshire.

Anjing itu adalah spesies Newfoundland yang beratnya boleh meningkat kepada 76 kilogram. - Agensi

Tuesday, December 6, 2011

Cemburu punca 1,200 terkandas


GAMBAR fail menunjukkan sebahagian penumpang beratur menaiki bas selepas perkhidmatan kereta api tergendala angkara panggilan bom palsu di Tapah Khamis lalu.

IPOH – Siasatan polis terhadap kes panggilan bom palsu hingga menyusahkan 1,200 pengguna kereta api dari Tapah Road ke Tanjung Malim Khamis lalu hampir terungkai dengan tertangkapnya seorang lelaki yang disyaki berbuat demikian semata-mata hendak menghalang kekasihnya pergi ke Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 6.10 petang di Teluk Intan Sabtu lalu selepas polis mengenal pasti identitinya. Suspek yang merupakan jurujual di sebuah syarikat jualan langsung membuat panggilan dengan telefon bimbit.

Suspek berbuat demikian untuk menghalang kekasihnya yang juga bekerja di situ untuk pergi berkursus di Kuala Lumpur. Difahamkan, dia cemburu kerana bimbang jika kekasihnya terpaut hati terhadap seorang rakan sekerja mereka yang turut mengikuti kursus itu.

Pasangan itu juga dikatakan sering bergaduh tetapi berbaik semula selepas keadaan reda.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Saturday, December 3, 2011

Ada buaya..di Kajang ke..? Sebahagian besar bandar Kajang ditenggelami air

Nampak macam Buaya je ..betul ke...?

BANJIR kilat selepas hujan lebat petang semalam mengakibatkan sebahagian besar bandar Kajang lumpuh seketika.

KAJANG - Hujan lebat lebih sejam mulai pukul 2 petang semalam menyebabkan sebahagian besar daripada bandar ini ditenggelami air sehingga satu meter dalam masa hanya kira-kira 15 minit.

Ramai penduduk khususnya pemilik kedai dan pemandu kenderaan dikejutkan dengan limpahan air secara tiba-tiba khususnya di sekitar Plaza Metro Kajang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jerlok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.

Menurut Mohd. Sani, beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang, pasar besar dan sekitar pusat perniagaan berdekatan ditenggelami air.

"Air dikatakan naik mendadak sehingga ke paras pinggang, namun banjir kilat ini kembali surut lewat petang," katanya dengan menambah, kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah pekan Semenyih berhampiran Jalan Bangi Lama dan Jalan Jerlok..KOSMO