Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, February 18, 2012

Hati Malek Noor ditawan doktor pakar



KUALA LUMPUR: “Perwatakan dan sifatnya yang sangat mengambil berat, kelakar, manja, penyayang selain suka bergurau senda mendorong saya untuk menyuntingnya sebagai isteri,” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan, seorang doktor pakar pediatrik.

Beliau yang juga pemegang gelaran Mr Asia enam kali berturut-turut dalam tempoh tujuh tahun bermula 1985, 1986, 1987, 1988, 1990 hingga 1991 berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima anak itu diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Bharu, Kelantan, pada 12 Mac depan.


“Majlis resepsi perkahwinan pula diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Malek berkata, dia tidak menyangka hubungan yang dibina selama empat bulan dengan wanita berusia 52 tahun berasal dari Terengganu itu bakal membawanya ke jenjang pelamin.


“Saya mengenalinya ketika menjadi duta produk kesihatan Go Cell di Kota Bharu apabila dia menawarkan saya beberapa produk penjagaan kesihatan. “Bermula saat itu kami sering berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar pada setiap hari sehingga dia bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan,” katanya.


Katanya, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota itu dengan baik hingga timbul perasaan sayang dalam diri masing-masing.

“Sejak itu, kami sering membahasakan dan memanggil diri dengan perkataan sayang menyebabkan saya selesa ketika bersamanya dan nekad untuk memperisterikannya,” katanya.


Dia yang tidak mahu identiti bakal isterinya itu didedahkan berkata, dirinya bersyukur kerana dalam usia 56 tahun, tuhan menemukan jodoh dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas lebih 20 tahun membujang.

“Saya mempunyai ramai kenalan perempuan sebelum ini, tapi tiada seorang pun yang menawan hati. Saya tidak memilih kecantikan atau paras rupa, lebih penting sikap saling menghormati dan percaya antara satu sama lain bagi mewujudkan keserasian antara pasangan. “Dia memiliki segala aspek yang saya mahukan dan ini peluang terbaik untuk saya memenuhi kewajipan sebagai umat Islam,” katanya.Hmetro

1 comment:

Nuff4u said...

thaniah dato malik noor