Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, May 14, 2012

Hebat City dan luar biasa

LONDON – Manchester City menamatkan kemarau selama 44 tahun apabila menjuarai gelaran Liga Perdana England musim ini. Kejayaan itu hadir selepas skuad kendalian Roberto Mancini mencatat kemenangan 3-2 pada aksi terakhir liga menentang Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Etihad malam tadi. Sebagai rekod, kali terakhir City melakar kejuaraan adalah pada musim 1968. Meskipun berkongsi 89 mata dengan pencabar terdekat, Manchester United, City lebih layak dinobatkan selaku juara apabila memiliki kelebihan empat gol, sekali gus unggul di tangga teratas liga. Pada aksi penuh dramatik malam tadi, City terlebih dahulu di depan selepas Pablo Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke-39 sebelum Djibril Cisse menyamakan kedudukan minit ke-48 . Jamie Mackie menceriakan penyokong QPR apabila meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada minit ke-66. Ketika perlawanan dilihat bakal menyebelahi QPR, City seolah-olah mendapat semangat luar biasa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit masa kecederaan. Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Edin Dzeko pada minit ke-92 dan Sergio Aguero dua minit kemudian. Kemenangan itu memusnahkan impian United yang dalam misi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu biarpun berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland dalam satu lagi pertemuan di Stadium of Light malam tadi. Sebaliknya, skuad The Red Devils terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga kedua. Sementara itu, pemburuan slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menjadi milik Arsenal selepas berjaya menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga – Agensi