Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, February 29, 2012

Tajuk terbaikkkkkk...Jom Beli emas


Emas Dijangka Naik mencecah US 1800 gram se aunce


salam buat semua
mengikut ramalan dan perkiraan pelabur luar negara emas dijangka mencecah US 1800 bersamaan RM 5900 pe aunce bila bila masa je...tidak mustahil kerana sebelum ini pun emas telah mencecah sehingga US 1900 pada bulan november yang lalu...apa ditunggu lagi...jom beli dengan dinar mutiara la......

Saturday, February 25, 2012

Pesta maksiat di tengah rimba


ANGGOTA Jabatan Perhutanan menemui tilam dan kondom-kondom dalam pondok-pondok yang dibina.

JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.

Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.

Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.

Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.

Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.

Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday, February 22, 2012

Gadis Hilang pada hari kekasih


NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.

KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.KOSMO...........

Saturday, February 18, 2012

Hati Malek Noor ditawan doktor pakar



KUALA LUMPUR: “Perwatakan dan sifatnya yang sangat mengambil berat, kelakar, manja, penyayang selain suka bergurau senda mendorong saya untuk menyuntingnya sebagai isteri,” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan, seorang doktor pakar pediatrik.

Beliau yang juga pemegang gelaran Mr Asia enam kali berturut-turut dalam tempoh tujuh tahun bermula 1985, 1986, 1987, 1988, 1990 hingga 1991 berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima anak itu diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Bharu, Kelantan, pada 12 Mac depan.


“Majlis resepsi perkahwinan pula diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Malek berkata, dia tidak menyangka hubungan yang dibina selama empat bulan dengan wanita berusia 52 tahun berasal dari Terengganu itu bakal membawanya ke jenjang pelamin.


“Saya mengenalinya ketika menjadi duta produk kesihatan Go Cell di Kota Bharu apabila dia menawarkan saya beberapa produk penjagaan kesihatan. “Bermula saat itu kami sering berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar pada setiap hari sehingga dia bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan,” katanya.


Katanya, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota itu dengan baik hingga timbul perasaan sayang dalam diri masing-masing.

“Sejak itu, kami sering membahasakan dan memanggil diri dengan perkataan sayang menyebabkan saya selesa ketika bersamanya dan nekad untuk memperisterikannya,” katanya.


Dia yang tidak mahu identiti bakal isterinya itu didedahkan berkata, dirinya bersyukur kerana dalam usia 56 tahun, tuhan menemukan jodoh dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas lebih 20 tahun membujang.

“Saya mempunyai ramai kenalan perempuan sebelum ini, tapi tiada seorang pun yang menawan hati. Saya tidak memilih kecantikan atau paras rupa, lebih penting sikap saling menghormati dan percaya antara satu sama lain bagi mewujudkan keserasian antara pasangan. “Dia memiliki segala aspek yang saya mahukan dan ini peluang terbaik untuk saya memenuhi kewajipan sebagai umat Islam,” katanya.Hmetro

Wednesday, February 15, 2012

Pesta tangkap ikan sturgeon


BEBERAPA ekor ikan sturgeon dipamerkan di sebuah bar di Winneconne, Wisconsin pada Sabtu lalu.

TASIK WINNEBEGO, Amerika Syarikat (AS) - Pesta menangkap ikan sturgeon diadakan di Tasik Winnebego di Pipe, Wisconsin pada Sabtu lalu.

Pada hari tersebut, para penangkap ikan berkenaan akan pergi ke stesen timbang Stockbridge untuk merekodkan berat ikan yang telah ditangkap.

Ikan itu terkenal dengan telur untuk membuat kaviar yang merupakan makanan pencuci mulut yang mahal tetapi sedap.

Salah seorang penangkap ikan itu, Carrie Seelow berjaya menangkap ikan sturgeon dengan berat 70.3 kilogram.- Reuters

Sunday, February 12, 2012

Penyanyi Whitney Houston ditemui mati


Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.

Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.

“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.

Beliau yang dipetik AFP berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap itu.

Sementara itu, AP pula melaporkan pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui.

Mayat penyanyi legenda itu masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematiannya.

Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu "I Will Always Love You" dan album tahunan bagi "The Bodyguard".

Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan.

Friday, February 10, 2012

Ikan yu gergasi jadi bahan pameran


DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.

KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. - Agensi

Tuesday, February 7, 2012

Majalah terkecil bernilai RM2.48 juta dipamerkan


SEORANG kurator Muzium Musee des Lettres et Manuscrits menunjukkan majalah terkecil bertarikh 1830 yang dihasilkan Charlotte Bronte di Paris, Perancis pada 30 Januari lalu. - Reuters

PARIS - Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits di sini.

Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters.

Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. - Agensi..KOSMO

Thursday, February 2, 2012

Angkara berebut lelaki, gadis dibelasah



NOOR yang cedera selepas dibelasah 15 pelajar perempuan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.

KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.

Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.

“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.

“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

“Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.

“Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.