Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, September 25, 2010

Bayi tiga bulan mati tercekik susu


MOHD. FAIRUZ (tengah) dan Haney Usmiza menunjukkan gambar Farisha kepada Muhd. Khairun (kanan) di rumah mereka di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia akibat tercekik susu semasa berada di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini Selasa lalu.

Bayi tersebut, Farisha Nur Hazreen Mohd. Fairuz dikatakan diberi susu oleh seorang pengasuh dan kemudian dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan, Mohd. Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi bekerja.

"Bagaimanapun, kira-kira pukul 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan oleh jiran pengasuh itu bahawa bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya dan kemudian dia disahkan meninggal dunia," katanya di rumahnya di Blok 8A1, Fasa 8, Presint 9 di sini semalam.

KOSMO! hari ini.

15 comments:

amira said...

jaga anak sendiri ajelah.. tapi sussah gak klu bz..

azhar said...

budak kecik manelah tau minum sendiri...cuai betul!

gdoupt_monster71 said...

mane lebih penting..anak @ duit??

Nine said...

Al Fatihah...masuk syurga ...

kakrose@kakyon said...

macam2 kes berlaku kat pusat jagaan kanak2 sekarang ni.

misyamissyou said...

dulu dah jadi macam ni...ni jd lagi..ishh

i said...

kejadiaan tu ada rahmatnya disebaliknya...

amira zakiah said...

sedihnya!

seribahasa said...

umur 3 bulan sepatutnya tak boleh hantar kat pusat jagaan anak2. maklumlah tempat gitu ramai budak bukan seorang nak jaga. kalau tak boleh jaga sendiri kan lebih elok suruh nenek dia taklah perkara seperti ini akan terjadi. tapi kata orang ajalmaut di tangan tuhan. kita merancang allah yang menentukan segalanya. al-fatihah buat sibayi.

Aril Lanang said...

risiko bila tinggalkan anak kepada pengasuh...

ainbudakbaek said...

just wanna share my knowledge.

i'm a paramedic student.

n i suggest u olz utk amek kursus basic cpr

especially for paediatric.

it's open to public.

u need to find it on ur own la.

nak seribu daye, xnk seribu dalih.

n dekat hospital ain practical skrg mmg byk kes gini msk.

baby tercekik daging burgerla, susu, n so on.

xleh salahkan pengasuh 100% coz kes byk msk pown bile baby dgn parents.

yang penting kene ade ilmu.

when baby is chocking, pe perlu buat.

so, sape2 yang concern tu plizla go to the kursus.

n ajarla org kt rumah.

:)

Mar said...

baby ni sgt comel...

ummi iman said...

ni salah satu sebab ummi quit job..dapat jaga dia. n dia membesar depan mata sendiri

Kolostrum4U said...

betul kata ainbudakbaek ,buat ibu2 yg baru 1st timer itu ambil lah kursus . Jadi boleh tunjukkan pada pengasuh . Kita harus mencegah sebelum terlambat. ini kes tercekik susu , kalau kes kanser,lagi ramai yg dah terlambat .

Ayabizz said...

Mungkin dah ajal baby tu. mesti ada hikmah.. mungkin sebab choking ( tercekik susu ) atau paru-paru baby tersumbat atau radang dengan susu.. Apa-apa pun parents tak boleh salahkan sepenuhnya dengan pengasuh tu, sebab diorang juga yang hantar ke tempat tu.. kan.. masing-masing ada silap..