Home

Nuff

klik kan ye

Monday, September 20, 2010

Daging halal diguna meluas di Britain


GAMBAR yang disiarkan akhbar Mail on Sunday menunjukkan seorang peminat kelab bola sepak Manchester United memakan daging halal yang dijual di Stadium Wembley, Britain. LONDON - Siasatan oleh wartawan akhbar Mail on Sunday

semalam mendedahkan bahawa sekolah, hospital, pub dan lokasi-lokasi sukan berkuda terkenal seperti di Ascot serta Twickenham di Britain menyediakan daging yang disembelih secara halal untuk orang awam.

Semua daging lembu, ayam dan kambing yang dijual kepada peminat bola sepak di Stadium Wembley juga disediakan mengikut syariat Islam.

Kolej Cheltenham yang mengamalkan semangat Kristian yang kuat ialah antara sekolah awam utama yang menyediakan ayam halal kepada semua pelajarnya tanpa memberitahu mereka mengenainya.

Menurut akhbar itu, kumpulan hotel dan restoran terbesar di Britain, Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Beefeater dan Brewers Fayre mengaku lebih tiga suku hidangannya adalah halal.

Perkembangan penggunaan daging halal, termasuk di kawasan yang populasi Muslim sangat kecil itu didedahkan ketika Ketua Gerega Roman Katholik, Pope Benedict XVI melawat Britain buat pertama kali.

Seorang jurucakap di Twickenham yang menjual hanya ayam halal tanpa membuat sebarang pengiklanan mengenainya menegaskan penjualan daging halal itu tidak pernah menjadi isu.

"Keutamaan kami ialah lebih kepada mereka yang mahukan daging halal," katanya.

Institusi lain yang secara rahsia menyediakan daging halal ialah Yayasan Amanah Mid-Staffordshire.

Jurucakap bagi hospital-hospital di London memberitahu satu-satunya cara orang ramai yang mengunjungi kantin mengetahui bahawa mereka sebenarnya makan ayam halal adalah dengan bertanya kepada penjual makanan di kantin tersebut.

Kumpulan hotel dan restoran Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Table Table, kedai Costa Coffee dan hotel Premier Inn mengaku bahawa 80 peratus ayam yang disediakan pihaknya datang daripada pembekal makanan halal termasuk yang dimonopoli oleh peniaga Islam Turki.

"Kami tidak meletakkan halal sebagai syarat dalam pemerolehan bahan mentah. Keputusan kami dibuat atas dasar kualiti dan harga. Kebetulan pula sumber ayam kami adalah halal.

"Ia tidak dinyatakan dalam menu kerana kami tidak fikir pelanggan-pelanggan mahukan maklumat tersebut.

"Namun jika pelanggan mahukan makanan halal, kami pasti akan menyediakannya," kata jurucakap Whitbread.

Pihak pengurusan Kolej Marlborough di Wiltshire menyatakan walaupun pada kebiasaannya ayam halal hanya dihidangkan kepada pelajar Muslim, ada ketikanya ia turut dihidangkan kepada semua pelajar. - Agensi/ sumber KOSMO

6 comments:

HAW said...

Allahuakbar!

nosembilanbelas said...

alangkah bagus..kalau ini memang 100% berlaku di malaysia. bila la diorang nak buat macam ini. tak rugi pun

hentakbelipat said...

baguslah kn..nmpak berkembag islamnya

mamaafzal said...

alhamdulillah..dunia dah faham kepentingan halal bagi kita umat Islam...

zainalalieff said...

Well its a good thing :)
Jom ramai-ramai pindah ke Manchester!

Seraffin said...

good news...