Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, September 29, 2010

Ladang keluar tiga juta buah labu


GAMBAR menunjukkan David Bowman duduk di atas timbunan buah labu di ladangnya di Spalding, Britain.

SPALDING, Britain - Sebuah ladang milik David Bowman di sini mengeluarkan tiga juta buah labu untuk digunakan pada perayaan yang sinonim dengan perayaan hantu, Halloween, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja-pekerja di ladangnya perlu memproses kira-kira 100,000 buah labu pada setiap hari semasa prose menuai selama 30 hari.

Bowman yang berumur 62 tahun dan mempunyai 37 tahun pengalaman menanam buah labu mengaku dia tidak sabar-sabar untuk menanti musim menuai berakhir pada 1 November ini.

"Kami amat sibuk buat masa ini untuk melakukan apa saja untuk Halloween dan saya akan berasa gembira apabila semuanya berakhir pada November yang pertama," katanya.

Labu-labu ditanam di ladangnya yang seluas kira-kira 203 hektar. - Agensi..KOSMO

Monday, September 27, 2010

Ramai andartu ditipu Awang Hitam


Pak Hitam Nie Bukan Sekadar Ambil Wang.. Yang Lain Pun Dia Ambil............

KUALA LUMPUR – Seramai 385 rakyat tempatan yang sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita terutama anak dara yang sudah lanjut usia tapi masih belum kahwin (andartu) menjadi korban sindiket penipuan yang didalangi oleh warga Afrika atau lebih dikenali sebagai Awang Hitam.

Jumlah tersebut direkodkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan kerugian dicatatkan melebihi RM7.4 juta.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, angka kes itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah aduan yang diterima (tahun ini) bertambah sebanyak 120 kes berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 265 kes dengan kerugian sebanyak RM7 juta.

“Kebanyakan kes dilaporkan adalah membabitkan mangsa penipuan bungkusan dan black money,” kata beliau kepada Kosmo! semalam.

Berdasarkan rekod, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain dengan jumlah 116 kes melibatkan kerugian sebanyak RM1.6 juta dan diikuti dengan Kuala Lumpur dan Johor.

Rohaimi memberitahu, sindiket tersebut mempunyai pelbagai modus operandi bagi memperdaya mangsa tanpa mengira gender. Sumber Kosmo

Saturday, September 25, 2010

Bayi tiga bulan mati tercekik susu


MOHD. FAIRUZ (tengah) dan Haney Usmiza menunjukkan gambar Farisha kepada Muhd. Khairun (kanan) di rumah mereka di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia akibat tercekik susu semasa berada di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini Selasa lalu.

Bayi tersebut, Farisha Nur Hazreen Mohd. Fairuz dikatakan diberi susu oleh seorang pengasuh dan kemudian dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan, Mohd. Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi bekerja.

"Bagaimanapun, kira-kira pukul 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan oleh jiran pengasuh itu bahawa bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya dan kemudian dia disahkan meninggal dunia," katanya di rumahnya di Blok 8A1, Fasa 8, Presint 9 di sini semalam.

KOSMO! hari ini.

Thursday, September 23, 2010

Budak mati tersepit meja lipat


MOHD. FADTAH menunjukkan meja yang menyebabkan anaknya mati tersepit di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

IPOH - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjerit kesakitan sambil meminta tolong selama hampir 10 minit tetapi disebabkan ahli keluarganya menyangkakan semua itu gurauan, dia akhirnya meninggal dunia selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kuala Kangsar semalam.

Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku di Kampung Talang Hilir ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah bermain seorang diri di belakang rumah.

Dia dipercayai mengambil meja lipat yang diletakkan di tepi rumah dan memasukkan kepalanya di celah kaki barangan itu sebelum ia jatuh dan menyepit tubuhnya.

Dalam keadaan badannya terlentang dan kepala tersepit, Muhammad Irfan menahan kesakitan selama 10 minit sehingga tubuhnya bertukar kebiru-biruan. Sumber KOSMO

Tuesday, September 21, 2010

Lumba dayung labu di Jerman


SEORANG wanita menyertai pertandingan mendayung buah labu di tasik Istana Ludwigsburg, Jerman baru-baru ini.

LUDWIGSBURG - Perlumbaan mendayung labu terbesar di dunia diadakan sempena Festival Labu Ludwigsburg di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam,

Perlumbaan dikenali sebagai K├╝rbis Regatta itu bertempat di sebuah tasik di hadapan bekas istana raja di sini, barat daya Jerman, baru-baru ini.

Kebanyakan labu yang dipertandingkan memiliki berat lebih 90 kilogram (kg) sebelum isinya dibuang untuk membolehkan pelumba duduk di dalamnya.

Turut menjadi tarikan pada festival tahunan itu termasuk pertandingan labu paling berat di dunia dengan rekod untuk diatasi adalah sekitar 630 kg.

Isi labu yang dikeluarkan pula dijadikan kari labu, sup labu dan pai labu untuk dimakan oleh para pengunjung di sebuah restoran berhampiran. - Agensi..sumber KOSMO

Monday, September 20, 2010

Daging halal diguna meluas di Britain


GAMBAR yang disiarkan akhbar Mail on Sunday menunjukkan seorang peminat kelab bola sepak Manchester United memakan daging halal yang dijual di Stadium Wembley, Britain. LONDON - Siasatan oleh wartawan akhbar Mail on Sunday

semalam mendedahkan bahawa sekolah, hospital, pub dan lokasi-lokasi sukan berkuda terkenal seperti di Ascot serta Twickenham di Britain menyediakan daging yang disembelih secara halal untuk orang awam.

Semua daging lembu, ayam dan kambing yang dijual kepada peminat bola sepak di Stadium Wembley juga disediakan mengikut syariat Islam.

Kolej Cheltenham yang mengamalkan semangat Kristian yang kuat ialah antara sekolah awam utama yang menyediakan ayam halal kepada semua pelajarnya tanpa memberitahu mereka mengenainya.

Menurut akhbar itu, kumpulan hotel dan restoran terbesar di Britain, Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Beefeater dan Brewers Fayre mengaku lebih tiga suku hidangannya adalah halal.

Perkembangan penggunaan daging halal, termasuk di kawasan yang populasi Muslim sangat kecil itu didedahkan ketika Ketua Gerega Roman Katholik, Pope Benedict XVI melawat Britain buat pertama kali.

Seorang jurucakap di Twickenham yang menjual hanya ayam halal tanpa membuat sebarang pengiklanan mengenainya menegaskan penjualan daging halal itu tidak pernah menjadi isu.

"Keutamaan kami ialah lebih kepada mereka yang mahukan daging halal," katanya.

Institusi lain yang secara rahsia menyediakan daging halal ialah Yayasan Amanah Mid-Staffordshire.

Jurucakap bagi hospital-hospital di London memberitahu satu-satunya cara orang ramai yang mengunjungi kantin mengetahui bahawa mereka sebenarnya makan ayam halal adalah dengan bertanya kepada penjual makanan di kantin tersebut.

Kumpulan hotel dan restoran Whitbread yang memiliki rangkaian restoran Table Table, kedai Costa Coffee dan hotel Premier Inn mengaku bahawa 80 peratus ayam yang disediakan pihaknya datang daripada pembekal makanan halal termasuk yang dimonopoli oleh peniaga Islam Turki.

"Kami tidak meletakkan halal sebagai syarat dalam pemerolehan bahan mentah. Keputusan kami dibuat atas dasar kualiti dan harga. Kebetulan pula sumber ayam kami adalah halal.

"Ia tidak dinyatakan dalam menu kerana kami tidak fikir pelanggan-pelanggan mahukan maklumat tersebut.

"Namun jika pelanggan mahukan makanan halal, kami pasti akan menyediakannya," kata jurucakap Whitbread.

Pihak pengurusan Kolej Marlborough di Wiltshire menyatakan walaupun pada kebiasaannya ayam halal hanya dihidangkan kepada pelajar Muslim, ada ketikanya ia turut dihidangkan kepada semua pelajar. - Agensi/ sumber KOSMO

Saturday, September 18, 2010

Al Fatihah..M. Rajoli meninggal dunia


M.RAJOLI ditemani Hashimah semasa terlantar di rumahnya di AU3 Keramat, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.

M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.

"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.

M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini...Sumber KOSMO

Thursday, September 16, 2010

Abby tuntut hutang kahwin


KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

"Norman memang ada beberapa hutang yang dia belum jelaskan kepada saya selain wang hantaran itu," ujar Abby ketika dihubungi semalam...Kosmo..

Tuesday, September 14, 2010

Sosilawati dikebumi di kampung


ERNI keluar dari pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam setelah mengambil beberapa dokumen.

BATU PAHAT - Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan di sini.

Adik iparnya, Misjan Jamikan, 48, berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti semalam. sumber Kosmo

Saturday, September 11, 2010

Sambutan Hari Raya Pertama


Salam buat semua...

Sambutan hari raya tahun ini...sederhana tetapi meriah...
pagi lagi ialah aktiviti.. yang saya dan anda laksanakan ialah :
pertamanya menziarahhi pusara kedua Ibu bapa.
keluarga bersalaman serta bermaaf maafan antara satu sama lain
menunaikan solat adil fitri di surat atau masjid..
besalaman sesama jemaah yang datang menunaikan solat aidil fitri
Kemudian pulang ke rumah ...menyediakan juadah makanan untuk tetamu tetamu serta jiran mula hadir unutk memeriahkan suasana hari raya....
Tetamu hadir mula jam 10. pagi sehingga jam 1 tgh hari sebelum solat jumaat... selepas solat jumaat ..aku dan keluarga berkunjung ke rumah jiran pula.... sampai jam 6 aku pulang ke rumah...sebab adik ipar call nak datang bersama keluarganya....selepastu ...kami sekeluarga berkemas dan rehat..malam tidur awal sebab letih makan kut.............
syukran kehadrat ilahi yang menganugerahkan sihat dan cuaca yang terang hari ni.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zair Dan Batin




Saya Dan Keluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, semoga kita semua ceria selalu..yang tak sempat nak follow nanti selepas hari raya ye.....apa yang salah tersilap harap dimaafkan.....

Dalam bulan ramadhan ni banyak perkara ..salah dilakukan..kita mohon ampun kepada Allah..kepada manusia kita mohon ampun darinya...ok

Sunday, September 5, 2010

Si cilik Ardi sudah berhenti rokok,Syukran

JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.

Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.

Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.

Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.

Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP

Friday, September 3, 2010

Kereta Ferrari ditarik balik selepas terbakar


GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Ferrari yang terbakar di Paris, Perancis.

ROM - Pengeluar kereta terkenal Itali, Ferrari kelmarin menarik balik semua model 458 yang dikeluarkan sebelum Julai lalu di seluruh dunia selepas beberapa buah kereta itu terbakar secara tiba-tiba, lapor sebuah akhbar semalam.

Penarikan 1,248 buah model terbaru itu dengan nilai £212 juta (RM1.02 bilion) dibuat ekoran lima kes kebakaran misteri yang melibatkan kereta tersebut dilaporkan berlaku di California, Paris, Switzerland dan China.

Syarikat pembuat kereta Ferrari itu mula melakukan siasatan pada minggu lalu.

Namun, semalam, ia mengumumkan satu kecacatan dikesan pada lingkungan roda belakang model itu yang dipasang dengan sejenis gam khas sehingga menjadikan ia mudah cair.

Kecacatan itu menyebabkan bahagian kemasan roda yang bersentuhan dengan paip ekzos panas sekali gus mengakibatkan lapisan aluminium pada kereta tersebut cair dan akhirnya berlaku kebakaran.

Pihak Ferrari telah menghubungi pemilik kereta itu dan menawarkan untuk membaik pulih tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Kereta yang rosak teruk akan diganti dengan yang baru secara percuma jika kerosakan berlaku akibat daripada masalah tersebut.

Model 458 dijual pada harga £170,000 (RM816,937). - Agensi

Thursday, September 2, 2010

Cara remaja rai merdeka ditegur


GEORGETOWN - Sambutan menyambut detik 12 malam sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke 53 di sini dicemari dengan pelbagai aksi liar remaja yang membimbangkan. Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan tumpuan sekitar negeri ini mendapati golongan remaja tanpa segan silu duduk berdua-duaan di pesisiran pantai Queensbay dan persiaran Gurney. Walaupun umat Islam masih lagi berada dalam bulan Ramadan, terdapat juga remaja perempuan yang memperagakan pakaian menyolok mata selain ada beberapa kumpulan yang tanpa segan silu menunggang arak beramai-ramai. Sinar Harian juga berkesempatan menyertai Operasi Kasih Sayang Remaja Malam Merdeka anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang yang bertujuan membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu menghimpunkan 400 ahli sukarela dari 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi yang prihatin terhadap masalah sosial remaja terutama kegiatan maksiat. Pengerusi Unggas, Mohd Nizam Mahshar berkata, dalam operasi semalam, pihaknya menyasarkan dua lokasi utama iaitu sekitar kawasan pantai Queensbay dan Pantai Bersih, Bagan Ajam yang dijadikan ‘port’ remaja melepak sementara menunggu detik jam 12 malam. Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan sehingga jam 4 pagi semalam, lebih 5,000 remaja ditemui berpelesiran di sekitar kawasan Queensbay dan Pantai Bersih serta mendapati lebih 100 pasangan yang bukan muhrim duduk berduaan sambil melakukan perbuatan yang tidak senonoh. “Kita mendapati keramaian seperti ini terutamanya pada malam merdeka, malam tahun baru dan sambutan hari kekasih mengundang pelbagai kegiatan sosial yang serius. “Kita mengambil pendekatan turun padang ke port-port sosial dan memberi nasihat serta kaunseling kepada mereka agar dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perbuatan maksiat kerana pada masa kini gejala tersebut semakin berleluasa termasuk pembuangan bayi,” katanya pada sidang media, semalam. Nizam berkata, dalam operasi yang diadakan semalam, mereka juga mengedarkan 10,000 risalah mengenai bahayanya perbuatan maksiat serta kesannya terhadap kehidupan seharian remaja. “Kita edarkan risalah ini di beberapa tempat seperti bazar Ramadan, masjid dan beberapa lagi kawasan tumpuan. Dalam risalah berkenaan menceritakan mengenai masalah yang mungkin berlaku sekiranya anak-anak tidak pulang pada waktu malam. “Kita berharap dengan pendekatan melalui risalah ini, ibu bapa akan lebih prihatin dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka,” katanya. Sementara itu, dalam operasi semalam, Nizam berkata, pihaknya telah mendekati lebih 500 kes yang melibatkan remaja semasa meraikan sambutan malam kemerdekaan. Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan mendapati remaja tanpa berasa takut melakukan kesalahan jenayah seperti merempit, pengambilan bahan terlarang seperti dadah dan gam. Selain itu, ada remaja yang didapati meraikan merdeka dengan meminum minuman keras. Nizam berkata, selepas pemantauan dan nasihat diberikan, pihaknya mengenal pasti lebih 50 orang remaja bermasalah kritikal dan membawa mereka untuk diberikan khidmat kaunseling oleh lapan kaunselor yang diundang khas dalam operasi tersebut.