Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, March 31, 2012

Giliran Abby Abadi bertudung pula


Kunjungan ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah membuka pintu hati pelakon wanita, Abby Abadi untuk bertudung.
Menurut laporan Berita Harian, aktres yang sentiasa tampil tabah dengan kisah peribadinya memberitahu hasrat untuk bertudung telah lama terpendam tetapi tidak berani disuarakan kerana bimbang sekiranya ada segelintir yang berfikiran dia hanya ingin mengikut peredaran semasa.
"Takut juga sekiranya niat baik saya dipersendakan apabila timbul isu buka dan pakai tudung sewenang-wenangnya dan ditambah pula dengan tohmahan yang akan diterima daripada peminat jika kejadian sebegitu berlaku. Moga Tuhan tetapkan niat suci ini agar saya dikuatkan iman untuk kekal bertudung sehingga ke akhirnya," kata ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini.
Tambahnya lagi, dia berharap dengan penghijrahan ini, peminat dan orang di sekeliling dapat membantunya untuk sama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Ditanya tentang pengalaman mengerjakan umrah buat pertama kalinya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memberitahu semua urusan berjalan dengan lancar sepanjang dia berada di sana.
"Syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah, kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah dan banyak lagi."Berita Harian

Thursday, March 29, 2012

Walaupun usia tua masih nak berseronok untuk pergi ke Gelek Rimba..


ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.
Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur...HMetro..

Tuesday, March 27, 2012

Kyaw Thein digelar 'Lady Gaga Myanmar'


SALAH satu aksi Kyaw Thein.

YANGON - Penyanyi popular Myanmar, Phyu Kyaw Thein diberi gelaran 'Lady Gaga Myanmar' kerana kerap muncul dengan memakai topeng muka dan gaun ranggi ketika beraksi di pentas.

Dia kerap menyanyikan lagu Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan seperti lagu nyanyian Jon Bon Jovi, You Give Love A Bad Name.

Namun, ketika ditanya tentang perbandingan tersebut, Kyaw Thein berkata, dia bukan meniru Lady Gaga.

Menurutnya, dia bergaya ranggi sejak lapan tahun lalu iaitu sebelum bintang pop Amerika Syarikat itu melonjak popular.

"Jangan marah tetapi itu yang sebenarnya," katanya.

Dia berkata, pakaiannya masih sopan seiring dengan budaya Myanmar dan tidak seksi seperti kostum penyanyi Lady Gaga.

Kyaw Thein, 30, memiliki ijazah sarjana muda perubatan tetapi memilih untuk tidak meneruskan latihan sebagai seorang doktor kerana orang ramai mengenalinya di hospital selepas dia muncul di televisyen.

"Namun, saya tetap gembira kerana dapat menggembirakan berjuta-juta penduduk di negara saya menerusi bidang ini (nyanyian)," katanya pada satu temu bual kediamannya di sini. - AFP

Saturday, March 24, 2012

'Cair' diperangkap ayat manis



berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Ramai gadis dipercayai lari dari rumah selepas hilang pertimbangan akibat terpengaruh dengan pujuk rayu serta ayat-ayat manis teman lelaki mereka.

Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya. Datin Dr. Sapora Sipon berkata, sikap mendahulukan kekasih itu didorong oleh keinginan gadis yang mahu hidup bebas daripada kongkongan keluarga.

"Keinginan untuk hidup bebas inilah mendorong mereka mengambil tindakan tanpa berfikir panjang selepas termakan pujuk rayu kekasih.

"Trend mereka melarikan diri ini lebih kepada mahu berseronok, keinginan yang tidak dapat dipenuhi serta tindakan yang dirasakan wajar pada ketika itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Sapora, tindakan sedemikian juga dibantu dengan adanya kemudahan teknologi seperti telefon bimbit dan laman sesawang bagi memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan kekasih atau teman lelaki. KOSMO

Thursday, March 22, 2012

Fulamak....Gaun pengantin paling panjang di dunia


EMMA DUMITRESCU memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia di Bucharest kelmarin.

BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.

Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.

Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.

Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. - Agensi

Monday, March 19, 2012

Jom Tengok Itik berlaga di Rusia


SEJUMLAH orang menyaksikan dua ekor itik berlaga di Pavlovsk kelmarin.

PAVLOVSK - Satu pertandingan laga itik diadakan di bandar ini, 450 kilometer dari Moscow, Rusia kelmarin.

Semua itik yang bertanding perlu diperiksa oleh veterinar sebelum pertandingan tersebut dibenarkan.

Pertandingan itu diadakan ketika musim salji. - Agensi

Friday, March 16, 2012

Spesis Baru Katak Dijumpai...


NEW YORK - Beberapa pakar biologi terkejut apabila mereka menemui spesies baharu katak di kawasan bandar raya ini.

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan spesies baharu katak di Pulau Staten, New York.

Sejak beberapa tahun lalu, katak berwarna hijau itu disalah anggap sebagai antara spesies katak harimau bintang yang banyak terdapat di sini.

"Sungguh menakjubkan kerana terdapat spesies baharu yang tidak disedari di sebuah kota metropolitan seperti ini," kata seorang pakar biologi Universiti California Los Angeles, Brad Shaffer kelmarin.

"Ia menunjukkan masih terdapat spesies baharu dan penting yang menanti untuk ditemui walaupun di bandar raya terbesar Amerika Syarikat," tambahnya.

Menurut Shaffer, dia membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas katak itu selepas menyedari ia mengeluarkan bunyi yang berbeza daripada katak harimau bintang.

Penemuan terbaharu itu dipaparkan dalam jurnal saintifik AS, Molecular Phylogenetics and Evolution. - AFP

Wednesday, March 14, 2012

Bilik pameran unik Volkswagen, Yang Paling Tinggi Di dunia


SEBUAH kereta Volkswagen dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan di menara unik itu. - Reuters

WOLFSBURG, Jerman - Bilik pameran futuristik di kilang Volkswagen di sini memiliki menara setinggi 60.96 meter bagi menyimpan kenderaan baharu yang disusun secara bertingkat.

Dua menara kaca bersebelahan bilik pameran berkenaan boleh menyimpan sebanyak 800 kenderaan menjadikan ia pusat penghantaran kereta terbesar di dunia.

Pada setiap hari, sebanyak 600 kereta baharu dikeluarkan dari menara berkenaan untuk diserahkan kepada pembeli. - Agensi

Ini Mungkin yang paling tinggi di dunia...

Sunday, March 11, 2012

DATO LEE CHONG WEE ...HAMPIRI HATRIK


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir untuk memenangi gelaran hatrik pada kejohanan badminton Seluruh England 2012.

Pemain No. 1 dunia itu menempah slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan Lee Hyun il dari Korea Selatan 21-19, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam.

Kemenangan tersebut memberi tonik terbaik buat pemain berusia 30 tahun yang memburu kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga dalam kariernya.

Bagaimanapun, Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini.

Dia akan bertemu musuh tradisi, Lin Dan sekiranya pemain No. 2 dunia dari China itu berjaya menewaskan lawannya, Kenichi Tago dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod, Chong Wei pernah menewaskan kedua-dua pemain tersebut dalam dua final sebelum ini.

Terdahulu, Hyun il mara ke separuh akhir selepas menewaskan seorang lagi wakil negara, Liew Darren di suku akhir awal pagi semalam.

Chong Wei hadir di Birmingham dengan reputasi tinggi apabila memegang status selaku juara dua kali berturut-turut iaitu pada edisi 2010 dan 2011.

Kemenangan Chong Wei itu juga mendapat sokongan padu dan sorakan gemuruh daripada rakyat Malaysia yang berada di Arena Tertutup Nasional, Birmingham, England semalam.

Sementara itu, beregu campuran dari Denmark, Thomas Laybourn-Kamilla Rytter Juhl berjaya menumpaskan juara bertahan Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-16 dan 21-18 pada pusingan separuh akhir.

Thomas-Kamilla dijadualkan bertemu beregu campuran dari Malaysia, Goh Liu Ying-Chan Peng Soon atau beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada perlawanan akhir malam ini.

Thursday, March 8, 2012

Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13 peratus


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik.

"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa berikutan rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.

Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Najib juga berkata kerajaan turut bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100. Malaysiakini....

Tuesday, March 6, 2012

Jimmy mengaku tampar isteri


JIMMY SHANLEY bersama Nursuhaila Eliani pada hari perkahwinan mereka pada
1 Oktober 2010.

SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.

Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.

Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.

"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.

"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saturday, March 3, 2012

‘Terima kasih abang’


HARRIF (kiri) bersama Zamri berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing pada perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai, Terengganu semalam.

KEJAYAAN pelumba pasukan Terengganu Pro Asia (TSG), Mohd. Harrif Salleh muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam dianggap satu keputusan yang membanggakan.

Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pelumba Malaysia pada saingan LTdL 2012 setakat ini.

Bagaimanapun, kejayaan penuh bermakna itu tidak akan dicapai jika Harrif tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukannya terutama abangnya, Zamri.

“Saya bersyukur dan puas hati dengan pencapaian hari ini (semalam). Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan terutama abang saya (Zamri),” kata Harrif semalam.

Pada perlumbaan dari Pekan ke Chukai, Terengganu sejauh 100.8 kilometer semalam, Harrif terpaksa akur dengan kehebatan pelumba sensasi Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang muncul juara.

Kejayaan muncul naib juara semalam menyaksikan Harrif menaiki podium buat kali kedua pada LTdL 2012 selepas dia menduduki tempat ketiga dalam peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar Isnin lalu.