Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, March 31, 2012

Giliran Abby Abadi bertudung pula


Kunjungan ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah membuka pintu hati pelakon wanita, Abby Abadi untuk bertudung.
Menurut laporan Berita Harian, aktres yang sentiasa tampil tabah dengan kisah peribadinya memberitahu hasrat untuk bertudung telah lama terpendam tetapi tidak berani disuarakan kerana bimbang sekiranya ada segelintir yang berfikiran dia hanya ingin mengikut peredaran semasa.
"Takut juga sekiranya niat baik saya dipersendakan apabila timbul isu buka dan pakai tudung sewenang-wenangnya dan ditambah pula dengan tohmahan yang akan diterima daripada peminat jika kejadian sebegitu berlaku. Moga Tuhan tetapkan niat suci ini agar saya dikuatkan iman untuk kekal bertudung sehingga ke akhirnya," kata ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini.
Tambahnya lagi, dia berharap dengan penghijrahan ini, peminat dan orang di sekeliling dapat membantunya untuk sama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Ditanya tentang pengalaman mengerjakan umrah buat pertama kalinya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memberitahu semua urusan berjalan dengan lancar sepanjang dia berada di sana.
"Syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah, kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah dan banyak lagi."Berita Harian

6 comments:

Abu Luqman said...

tahniah abby

gnesop said...

bagus la kan

Eein Azryn said...

alhamdulillah. dah terbukak pintu hati nak bertudung. ^^

klANA said...

syukur... dah makin ramai artis bertudung..

nufy said...

syukur ye

Aida Omar said...

sangat cantik dia bertudung kan? semoga kekal begini dan dirahmati Allah.. :)