Contoh Mangkuk Tandas
SYDNEY: Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba memotong kemaluan lelaki itu, dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan bermula semalam, setelah mahkamah menerima kenyataan dia mengalami kemurungan.
Jien Chen, 47, mengaku bersalah kerana membunuh teman lelakinya Jin Xiang Peng setelah memberi ubat tidur dan menikamnya pada Februari tahun lalu, selepas mereka bergaduh kerana wang dan anak lelaki mereka.
Jian memberitahu pakar psikologi, “ada benda dalam dirinya” yang menyuruhnya memusnahkan “senjata berbahaya”, dan dia menggunakan “kemaluan untuk menyakiti wanita dan kanak-kanak.”
“Saya tahu Peng menggunakan kemaluannya untuk memperdaya wanita, mendapatkan anak dan menggunakan anak itu sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian.
Katanya dia mencampakkan zakar teman lelaki ke dalam mangkuk tandas dan mengepamnya. - AFP
Penang Route 6
Penang Route 6 Shop
klik kan ye
Thursday, August 30, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Pelawak terkenal Imuda kerugian RM7,000 rumah dipecah masuk
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3
petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah
bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan
mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang
tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada
pemberita di kediamannya, hari ini.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012
Monday, August 27, 2012
Penjaga Gol Terengganu, Sharbinee hampir berbog3l dipadang diserang 'kegatalan melampau'
BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan. |
KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.
Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.
“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.
Saturday, August 25, 2012
Berita Bergambar [6] : Tahniah Ustaz Don Sudah Bergelar Suami Tau...
Ustaz Don Sudah Bergelar Suami- Meriah Dan Tahniah Yaa Ustaz ( Barakallahulakuma ♥ )...ada lagi tau...
Ustaz Don Sudah Bergelar Suami- Meriah Dan Tahniah Yaa Ustaz ( Barakallahulakuma ♥ )
USTAZ
Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah
lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang
mendekati pendakwah muda ini.
Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.
Wednesday, August 22, 2012
Gelagat Awang Hitam semakin ...teruk...Baling bom petrol kearah..orang ramai..
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: “Ketika itu, saya dan lima rakan hendak melintas jalan
sebelum seorang lelaki warga Afrika tiba-tiba membaling beg plastik
hitam mengandungi molotov koktel ke arah kami,” kata seorang wanita mahu
dikenali sebagai Shirlie.
Wanita berusia 27 tahun itu cedera kedua-dua kakinya selepas molotov
koktel dilempar lelaki itu meletup di hadapannya di Jalan Tun Razak, di
sini, jam 5 petang kelmarin.
Shirlie berkata, ketika kejadian dia bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.
Menurutnya, ketika itu mereka nampak seorang lelaki Afrika memegang
bungkusan makanan di tangannya yang berjalan di belakang mereka dan
pakaian suspek yang kemas membuatkan mereka tidak mengesyaki apa-apa.
“Ketika melintas jalan, tiba-tiba lelaki itu berlari ke arah kami dari arah belakang dan membaling bungkusan berkenaan sebelum ia meletup di depan saya.
“Kemudian, lelaki itu yang juga cedera pada kaki melarikan diri ke dalam hotel berdekatan,” katanya.
Menurutnya, akibat jalan itu sunyi tiada sesiapa menyaksikan kejadian berkenaan dan mereka juga tidak mampu mengejar suspek.
Katanya, akibat kejadian itu, dia cedera di kedua-dua kakinya manakala dua lagi rakannya terkena kaca di lengan kanan mereka.
“Saya yang tidak mampu berjalan terpaksa dipapah rakan menaiki teksi
sebelum kami mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas itu saya membuat laporan di Pondok Polis HKL untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan daripada mangsa sehari selepas kejadian.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 bagi mengenal pasti punca kejadian. Hmetro
Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012
Sunday, August 19, 2012
Panas! Lagi Mesin ATM dilarikan
Kiosk bank dipecah masuk, mesin ATM dilarikan di pagi Syawal
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Sebuah mesin pengeluaran wang automatic (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.
Beliau berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi Berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan 'portable oxcytelene'.
“Di dalam kiosk itu terdapat sebuah mesin deposit tunai yang tidak diusik dan dua buah mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecah dan dilarikan manakala sebuah mesin lagi juga dipercayai cuba dilarikan berdasarkan kesan diumpil, namun gagal,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Ku berkata siasatan awal mendapati lima buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin di dalam kiosk itu disembur dengan cat berwarna hitam bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti.
“Jumlah kerugian masih disiasat dan gerakan menjejaki kumpulan berkenaan giat dilakukan,” katanya.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati bahagian depan mesin ATM yang dilarikan terbakar sepenuhnya, manakala mesin kedua diumpil di bahagian penyimpanan wang dan CCTV pada mesin deposit tunai disembur dengan cat hitam
Friday, August 17, 2012
Lelaki disambar buaya depan anak..Sebelum menjelang raya
TAWAU – Hajat seorang ayah bagi mencari pendapatan menjelang
Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila dia dikhuatiri maut selepas
disambar seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai ketika memukat
udang di Sungai Udin kira-kira 50 kilometer dari sini kelmarin.
Kejadian menakutkan pada pukul 4.30 petang itu disaksikan anak
mangsa, Azwan Jailani, 16, yang berdiri hanya beberapa meter daripada
ayahnya, Jailani Indersaya, 54.
Cerita Azwan, sebelum kejadian, dia sedang memancing di tepi sungai manakala ayahnya pula memukat udang.
“Tiba-tiba saya nampak seekor buaya warna hitam menerkam ke arah ayah
sebelum menarik ayah masuk ke dalam sungai. Saya tergamam dan tidak
tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini.
Bagaimanapun, menurut Azwan, selepas kelibat ayahnya hilang, dia cuba
mengejar jejak buaya itu dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan
air dari tebing sungai.
“Saya takut dan sedih tapi saya cuba cari juga buaya tersebut tetapi tidak menemui ayah,” kata remaja itu.
Paling menyedihkan, Azman memberitahu, kejadian menimpa ayah berlaku hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
“Buaya yang sambar ayah sangat besar dan reptilia itu hanya
mengambil masa beberapa saat untuk membawa ayah ke dalam sungai,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim
Chin berkata, gerakan mencari dilancarkan bagi mengesan mangsa yang
hilang.
Bagaimanapun, menurut beliau, sehingga petang semalam pasukan mencari dengan bantuan orang kampung belum menemui mangsa.
Kata beliau, selain Sungai Udin, kes manusia disambar buaya pernah berlaku di Sungai Kalumpang dan Sungai Serudong.
Tuesday, August 14, 2012
Lee Chong Wei ..Terima Insentif RM 100,000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dato Lee Chong Wei menunjukan Pingat yang di menangi Di Olimpik London, kepada Lim Guan Eng
Dato Dr Mansor . TKM Pulau Pinang , Bersalaman Dengan Lee Chong Wei
Sunday, August 12, 2012
Murid dicabul guru lebih setahun lalu
Gambar Hiasan
Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.
Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua.
“Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit.
“Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. “Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
“Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu,” katanya.
Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut. Kosmo
Thursday, August 9, 2012
Terhebat [gambar] Atlet Wanita Arab Saudi Diberi "Standing Ovation" di Olimpik, London. Mengapa?
Kata orang, kemenangan bukanlah perkara utama, namun lebih penting ialah penyertaan dalam sesuatu acara sukan. Dalam hal ini, Sarah Attar diberi penghormatan dan tepukan gemuruh oleh penonton di stadium ketika menyertai acara larian 800 meter di Sukan Olimpik London. Standing ovation yang diberikan kepada Sarah bukanlah kerana dia menang acara itu, namun dia merupakan atlet wanita pertama yang mewakili Arab Saudi dalam acara di trek di Olimpik.
Penyertaan Sarah merupakan saat bersejarah apabila Jawatankuasa Olimpik Arab Saudi membenarkan atlet wanita negara itu menyertai Sukan Olimpik di London.
Sarah menamatkan larian sebanyak dua pusingan trek itu hampir 45 saat di belakang pemenang acara itu, iaitu atlet Kenya, Janeth Jepkosgei Busienei yang menamatkan larian pada catatan 2 minit 01.04 saat.
Sarah, 19, merupakan pelajar seni di Pepperdine University di Malibu, California. Dia memiliki dua kerakyatan dan memilih untuk mewakili Arab Saudi, negara asal bapanya.
Bercakap selepas acara larian itu, dia berkata "Peluang mewakili Arab Saudi merupakan suatu penghormatan dan amat membanggakan. Saya harap penyertaan ini dapat memberikan impak yang besar."'
Mengikut rekod, catatan yang dibuat oleh Sarah dalam acara yang 800 meter di Olimpik ini 4 saat lebih perlahan daripada catatan peribadinya. Namun begitu, atlet ini diberitakan lebih gemar acara 1500 meter berbanding dengan acara 800 meter. Credit to DCM
Sarah menamatkan larian sebanyak dua pusingan trek itu hampir 45 saat di belakang pemenang acara itu, iaitu atlet Kenya, Janeth Jepkosgei Busienei yang menamatkan larian pada catatan 2 minit 01.04 saat.
Sarah, 19, merupakan pelajar seni di Pepperdine University di Malibu, California. Dia memiliki dua kerakyatan dan memilih untuk mewakili Arab Saudi, negara asal bapanya.
Bercakap selepas acara larian itu, dia berkata "Peluang mewakili Arab Saudi merupakan suatu penghormatan dan amat membanggakan. Saya harap penyertaan ini dapat memberikan impak yang besar."'
Mengikut rekod, catatan yang dibuat oleh Sarah dalam acara yang 800 meter di Olimpik ini 4 saat lebih perlahan daripada catatan peribadinya. Namun begitu, atlet ini diberitakan lebih gemar acara 1500 meter berbanding dengan acara 800 meter. Credit to DCM
Wednesday, August 8, 2012
Fulamak !! Kemaluan Melecur Selepas Jalani Proses Buang Bulu
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan terkemuka di ibu negara pada 22 Julai lalu.
Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu.
Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.
Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata, dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.
"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar."Kejadian ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.
Tuesday, August 7, 2012
Waris Ibrahim Pendek terus dibela
MELAKA – Penderitaan keluarga pelakon Allahyarham Ibrahim Pendek yang kini tinggal di sebuah rumah usang bakal berakhir apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersetuju membina rumah baharu untuk keluarga berkenaan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron yang berkata, rumah tersebut bakal dibina di atas sebidang tanah yang akan dikurniakan kepada keluarga pelakon filem komedi Ali Baba Bujang Lapok arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee itu.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, pihaknya telah berbincang dengan kerajaan negeri Melaka mengenai cadangan tersebut.
“Sekiranya ada mana-mana tanah negeri yang kosong, ia akan diberikan untuk ahli keluarga Allahyarham Ibrahim Pendek.
“Saya sendiri selaku Pengerusi SPNB telah bersetuju meluluskan pembinaan sebuah rumah untuk ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sunday, August 5, 2012
Fulamak !!! Habuan RM4 juta menanti Chong Wei
KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya RM4 juta akan berada dalam
genggaman Datuk Lee Chong Wei andai jaguh badminton negara itu meraih
pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Sebanyak RM2 juta berupa wang tunai dan RM2 juta lagi berbentuk
jongkong emas bakal menjadi milik Chong Wei yang kini semakin hampir
menjelmakan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia.
Selain RM1 juta yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap
pemenang pingat emas Olimpik, sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn.
Bhd. turut menawarkan ganjaran yang sama.
Terbaharu, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) tampil dengan ganjaran
tersendiri apabila menawarkan jongkong emas bernilai RM2 juta hanya
kepada pemain badminton negara yang berjaya membawa pulang pingat emas
dari London.
Inisiatif yang dilakukan oleh 3V Holdings Sdn. Bhd., KLRC serta pihak
kementerian itu harus diberi pujian kerana ia secara tidak langsung
membakar semangat barisan atlet negara meraih emas Olimpik.
Diminta mengulas mengenai ganjaran itu, Setiausaha Kehormat Majlis
Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, ia bakal melonjakkan
lagi semangat atlet Malaysia dalam misi memburu emas Olimpik.
"Ganjaran besar yang menanti atlet-atlet Malaysia pada Sukan Olimpik
2012 di London sudah pasti menaikkan semangat mereka untuk memburu
pingat emas.
"Jadi saya juga berharap mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk
merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia membawa pulang pingat emas
sulung Olimpik," kata Kok Chi.
Bagaimanapun, Chong Wei, 30, harus terlebih dahulu menumbangkan musuh
tradisinya dari China, Lin Dan pada aksi final acara perseorangan
lelaki Olimpik 2012 di Arena Wembley malam ini jika berhajat meraih
ganjaran lumayan itu
Atas kertas, tugas Chong Wei tidak semudah yang dijangka kerana Lin
Dan turut menjadi watak 'pemusnah' di sebalik kegagalan pemain kelahiran
Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu meraih emas pada Olimpik 2008 di
Beijing, China.
Biarpun sekadar membawa pulang pingat perak empat tahun lalu, Chong
Wei tetap dianggap sebagai wira negara dan prestasinya di Beijing turut
mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi menghargai keringat Chong Wei meraih pingat perak, beliau telah
dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau
Pinang yang membawa gelaran Datuk.
Hasil kejayaannya membawa pulang pingat perak itu juga, Chong Wei
menerima wang tunai sebanyak RM300,000 menerusi insentif Shakam, selain
diberikan pencen bulanan RM3,000 bermula 1 September 2008. kosmo
Friday, August 3, 2012
Bukti! Abby Abadi tidak pernah lagi mencukur kening
LIHAT soalan yang berulang kali terpaksa dijawab oleh Abby Abadi berhubung isu kening yang dimainkan oleh blogger Umno sebelum ini.
Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur keningmeskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.
Minggu lalu ReJaM© bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.
Selepas selesai program, ReJaM© sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM© denganmata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan iasebenarnya tidak.
Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.
Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM© kongsikan gambar yang ReJaM© ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu.Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.
Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.
Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM© rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.
Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.
Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur keningmeskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.
Minggu lalu ReJaM© bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.
Selepas selesai program, ReJaM© sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM© denganmata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan iasebenarnya tidak.
Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.
Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM© kongsikan gambar yang ReJaM© ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu.Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.
Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.
Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM© rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.
Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.
http://milosuam.blogspot.com/, 03 Ogs 2012
Thursday, August 2, 2012
Kes Syaleza: 10 individu beri keterangan
Syaleza
SHAH ALAM — Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, dua daripada 10 individu itu ialah rakan sekerja allahyarham manakala lapan lagi merupakan jiran terdekatnya.
"Polis akan mengumpul kesemua bukti berdasarkan keterangan yang telah diambil, dan kita berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dengan adanya keterangan-keterangan ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kemungkinan ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.
Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Thaiveegan berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu direman sehingga 6 Ogos.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)