Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, August 22, 2012

Gelagat Awang Hitam semakin ...teruk...Baling bom petrol kearah..orang ramai..

Gambar Hiasan 
 
KUALA LUMPUR: “Ketika itu, saya dan lima rakan hendak melintas jalan sebelum seorang lelaki warga Afrika tiba-tiba membaling beg plastik hitam mengandungi molotov koktel ke arah kami,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Shirlie.
Wanita berusia 27 tahun itu cedera kedua-dua kakinya selepas molotov koktel dilempar lelaki itu meletup di hadapannya di Jalan Tun Razak, di sini, jam 5 petang kelmarin.

Shirlie berkata, ketika kejadian dia bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.
Menurutnya, ketika itu mereka nampak seorang lelaki Afrika memegang bungkusan makanan di tangannya yang berjalan di belakang mereka dan pakaian suspek yang kemas membuatkan mereka tidak mengesyaki apa-apa.

“Ketika melintas jalan, tiba-tiba lelaki itu berlari ke arah kami dari arah belakang dan membaling bungkusan berkenaan sebelum ia meletup di depan saya.

“Kemudian, lelaki itu yang juga cedera pada kaki melarikan diri ke dalam hotel berdekatan,” katanya.
Menurutnya, akibat jalan itu sunyi tiada sesiapa menyaksikan kejadian berkenaan dan mereka juga tidak mampu mengejar suspek.

Katanya, akibat kejadian itu, dia cedera di kedua-dua kakinya manakala dua lagi rakannya terkena kaca di lengan kanan mereka.
“Saya yang tidak mampu berjalan terpaksa dipapah rakan menaiki teksi sebelum kami mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Selepas itu saya membuat laporan di Pondok Polis HKL untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan daripada mangsa sehari selepas kejadian.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 bagi mengenal pasti punca kejadian. Hmetro
Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012

No comments: