Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, August 2, 2012

Kes Syaleza: 10 individu beri keterangan


Syaleza

SHAH ALAM — Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, dua daripada 10 individu itu ialah rakan sekerja allahyarham manakala lapan lagi merupakan jiran terdekatnya.
"Polis akan mengumpul kesemua bukti berdasarkan keterangan yang telah diambil, dan kita berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dengan adanya keterangan-keterangan ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kemungkinan ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.
Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Thaiveegan berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu direman sehingga 6 Ogos.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — BERNAMA

No comments: