Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Sunday, August 19, 2012

Panas! Lagi Mesin ATM dilarikan

Kiosk bank dipecah masuk, mesin ATM dilarikan di pagi Syawal

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Sebuah mesin pengeluaran wang automatic (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Beliau berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi Berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan 'portable oxcytelene'.

“Di dalam kiosk itu terdapat sebuah mesin deposit tunai yang tidak diusik dan dua buah mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecah dan dilarikan manakala sebuah mesin lagi juga dipercayai cuba dilarikan berdasarkan kesan diumpil, namun gagal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Ku berkata siasatan awal mendapati lima buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin di dalam kiosk itu disembur dengan cat berwarna hitam bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti.

“Jumlah kerugian masih disiasat dan gerakan menjejaki kumpulan berkenaan giat dilakukan,” katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati bahagian depan mesin ATM yang dilarikan terbakar sepenuhnya, manakala mesin kedua diumpil di bahagian penyimpanan wang dan CCTV pada mesin deposit tunai disembur dengan cat hitam

1 comment:

时间 said...

0813jejeLes femmes Nike Dunk GS Transformateur asics gel france en or rose, Les femmes Nike Dunk Individualized Lotus blanc vert respectueux de l'environnement, La lueur tandis que dans l'obscurité Nike Dunks très bas beige vert, Les Articles de Noël 2010 asics femme Nike SB Dunk Très faible bleu blanc femme rose; Un duoks impressionné Hi Kitty supplémentaire sera la version Ladies Dames Kitty Nike Dunk Low Top basket nike free 4.0 flyknit noir qualité SB, et le dernier mais pas le minimum, les femmes Nike Dunk réduit rose Kermesina. En outre, il dispose de 6 fers en acier inoxydable asics gel homme soldes à poids périphérique, d'un putter, d'un sac de support léger et de 5 couvercles de tête. Dans l'intérêt du grand choix de asics gel lyte iii soldes produits bruts, par exemple le cuir, le tissu, le nylon, le caoutchouc sans marque et ainsi de suite, l'ensemble du processus de production devient plus avancé et beaucoup de pièces sont collées par basket nike wmns air max 90 premium noir la colle.