Home

Nuff

klik kan ye

Friday, August 3, 2012

Bukti! Abby Abadi tidak pernah lagi mencukur kening


LIHAT soalan yang berulang kali terpaksa dijawab oleh Abby Abadi berhubung isu kening yang dimainkan oleh blogger Umno sebelum ini.

Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur keningmeskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.



Minggu lalu ReJaM© bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.

Selepas selesai program, ReJaM© sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM© denganmata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan iasebenarnya tidak.

Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.

Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM© kongsikan gambar yang ReJaM© ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu.Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.



Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.



Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM© rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.

Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.
http://milosuam.blogspot.com/, 03 Ogs 2012

2 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

macam2 dugaan bila dah berubah nie...semoga Abby kuat!

Blogger said...

Ever wanted to get free Google+ Circles?
Did you know that you can get them ON AUTO-PILOT & ABSOLUTELY FREE by getting an account on Like 4 Like?