Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Tuesday, September 14, 2010

Sosilawati dikebumi di kampung


ERNI keluar dari pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam setelah mengambil beberapa dokumen.

BATU PAHAT - Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan di sini.

Adik iparnya, Misjan Jamikan, 48, berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti semalam. sumber Kosmo

4 comments:

Gen Fujita said...

sedih gak dengar cerita ni masa raya hari tu, innalillah ilaihirojiun

Rose kakrose said...

semoga dicucuri rahmat keatas rohnya..Aminn.

love is forever said...

al fatihah untuk arwah

cimöt said...

al fatihah to her..tapi aku tak puas hati tol ngn org zaman sekarang yg kuat dengki xbley tengok org laen senang or berjaya..rse nak puas hati bunuh..