Home

Nuff

klik kan ye

Monday, October 25, 2010

Hantu guna telefon bimbit untuk berkomunikasi


GAMBAR menunjukkan seorang wanita menggunakan telefon bimbit di Tokyo pada Jumaat lalu. - Gambar hiasan


LONDON - Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu--sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh.

Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.

Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau.

Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit.

Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.

Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu.

Hayes berkata: "Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia."

Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: "Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan." - Agensi..KOSMO

3 comments:

shatooman said...

ada sorang kawan pernah mendapat panggilan dr pontianak... masa dok kt asrama dulu, asrama tu dekat ngan kubur. satu mlm member ni dpt call. nombor yg tertera ialah no. public phone kt dpn pagar asrama.(dia save no. public kt henset sbb blh kesan kalu sape2 call guna public phnoe kt mana) bila angkat terdengar suara mengilai.. bila g tgk kt public phone, nmpak pontianak... gerun jgk beb~

yang heran, macam mana pontianak tu tahu nombor member ni? knpa pontianak tu nak ejas dia sedangkan ramai lg org lain kt asrama tu? dan mcm mana pontianak tu ada duit syiling nk guna public phone tu? semua tu masih misteri...

Fuziani JSR said...

Sekiranya Allah berkehendakkan sesuatu, maka semuanya akan berlaku walaupun di luar logik akal...

si biskut said...

dah macam cerita seram korea Phone.Dowg nie buat kajian ker terpengaruh dgn citer macam nie.