Home

Nuff

klik kan ye

Saturday, October 2, 2010

Polis maut kejar pelesit rempit


Anggota polis mengangkat Khairuzaini yang maut kemalangan
di Jalan Dato Senu, Kuala Lumpur malam kelmarin.

KUALA LUMPUR – Semalam ialah hari yang paling bermakna buat Cif Inspektor Mohd. Khairuzaini Mohd. Zain kerana pada hari berkenaan genap sembilan tahun dia berkhidmat sebagai pegawai polis selepas menyertai pasukan itu pada 1 Oktober 2001.

Bagaimanapun, Khairuzaini, 31, tidak sempat meraikannya apabila dia maut akibat terlibat dalam kemalangan ketika mengejar seorang pelesit rempit yang melakukan aksi bahaya di Jalan Dato Senu di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa bersama 10 anggota dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini membuat rondaan di kawasan lumba haram dengan menunggang motosikal seorang diri.

Ketika melakukan rondaan, Khairuzaini yang berpakaian preman ternampak seorang lelaki menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya.

Dia kemudian dikatakan berpecah daripada 10 anggota trafik lain dan bertindak mengejar pelesit rempit terbabit.

“Mangsa tercampak selepas motosikal Yamaha 125z yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta yang keluar dari satu simpang di kawasan tersebut,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam kelmarin.
Sumber KOSMO..

3 comments:

cacing said...

sian polis ni.... SAID NO TO REMPIT!!!

FareedSairi said...

tadi pun dgr berita gak. semoga rohya dicucuri rahmat krn pergi dalam menjalankan amanah...

Nasir Bravo said...

abang polis nie geram sgt kot..tue yg kejar sendiri kan..tpi syg ilmu rempit x cukup lagi...takziah kepada keluarga allahyarham