Home

Nuff

klik kan ye

Friday, October 15, 2010

Pertandingan tidur sekejap di Madrid


SEORANG doktor memeriksa seorang peserta yang tidur di atas bangku pada pertandingan tidur sekejap di Madrid semalam.

MADRID - Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tidur sekejap di sebuah pusat beli-belah di sini. Peserta-peserta dalam lima kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk tidur di atas bangku berwarna biru dalam pertandingan itu.

Sebuah kumpulan, Persatuan Rakan-Rakan Tidur Sekejap menganjurkan pertandingan itu yang bermula semalam dan berlangsung selama sembilan hari.

Hadiah utama ialah wang tunai AS$1,410 (RM4,349).

Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempromosikan tidur selepas waktu makan yang merupakan tradisi Sepanyol yang semakin terhakis akibat gaya hidup moden.

Peserta-peserta akan mendapat markah bagi kategori individu pertama yang terlelap, berdengkur paling kuat, kedudukan tidur terbaik dan pakaian tidur terbaik.

Doktor-doktor hadir untuk memeriksa sama ada para peserta itu betul-betul tidur. - AP..KOSMO

11 comments:

*diera* said...

hahahha menarik.. bila nak buat kat mesia.. i nak masuk.. heheheheh

Ramdan said...

huhuhu...kalau wat kat tempat keje, best ni....
rasenye, sy tidur paling lame....aik.

S..U..D..@..I..S said...

haii macam2 idea orang yg kreatif... doc free plak tu...

NURULekmiRabat said...

boley ka bising2 camtu tidoq? wa..kalu sya msuk musti kalah

Kalamhati said...

susah gak tu nak tido tetgh org ramai..suasana bising lak tu..tabik la kat peserta yg boleh tido..=)

Solihin Zubir said...

ceh.. pertandingan cmni pon ada? ahaha.. macam2..

budakkecik said...

hehehe...mcm2

deem said...

tidur pun ada pertandingan ka....

immukmin said...

kalu wat boleh...tapi kita jgn ikut tradisi org spanyol..tidur selepas makan..tak elok...

Natural Self said...

boleh lena ke....kalau tido org keliling tgk..hehe

syaz@rozelt said...

x dapek la nak join pertandingan nie sebb sogan kot org tengok kte tdo..hee~