Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Sunday, October 17, 2010

Logo halal pelaris perniagaan


PENGARAH Eksekutif Sireh Emas Marketing Sdn. Bhd., Husin Misnan (kiri) bersama seorang pengedar, Rosdee Mustafa menunjukkan produk keluaran syarikat itu yang dipamerkan pada Kempen 1Malaysia 1Halal.

SEREMBAN - Golongan usahawan wajar memanfaatkan logo halal yang berpotensi membantu meningkatkan perniagaan hingga ke seluruh dunia berdasarkan kajian oleh Unit Penyelidikan Kualiti Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penolong Pengarah Unit Pembangunan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Fitri Muhamed menjelaskan, industri halal semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi tinggi untuk diterokai.

"Berdasarkan kajian UKM tersebut, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal mampu berkembang dan berpotensi mencatat jualan sebanyak AS$2.1 trilion (RM7.35 trilion) setahun," katanya. KOSMO

2 comments:

fendi_scropio said...

SALAM...MOGA2 TERHINDAR DARI PERKARA YG HARAMMMALAYSIA BOLEH!!!!

gnesop said...

moga tiada yg salah guna..
oleh kerana nak majukan produk, palsukan halal.. iks iks