Home

Nuff

klik kan ye

Monday, March 21, 2011

100 ekor monyet rosakkan kereta Mercedes


ENGLAND - Sekumpulan monyet di Taman Safari Longleat diberi sebuah kereta Mercedes-Benz lama untuk dimusnahkan dan aksi mereka dirakam sebelum disiarkan menerusi satu klip video di laman web YouTube, baru-baru ini.

Sebanyak 100 ekor monyet daripada spesies beruk itu kelihatan seperti mahu menanggalkan kereta itu dengan mencabut cermin sisi dan tayar kereta tersebut. Sebuah beg pakaian di atas bumbung kereta pula, turut dimusnahkan.

Menurut kakitangan safari, monyet-monyet tersebut sudah dua tahun tidak melakukan kerja memusnahkan kereta kerana safari itu ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih.

Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memberi layanan istimewa kepada monyet-monyet nakal itu sebelum pembukaan semula safari tersebut pada hujung minggu ini. - Agensi

4 comments:

Gen Fujita said...

Antara perangai beruk yang patut dicontohi.

Orang: "Oi, tengok tu kereta mahal tu! Hebat gila!"
Beruk: "Who cares."

lol

Mawar Merah said...

Monyet2 skrg sgt ganas.. Takut nak jd penyayang pd haiwan sebegini..

Seri Bahasa said...

kalau bagi kat seri kan elok...

ziraziz said...

skrg ni,bkn manusia je perangai pelik...haiwan pn sama...