Home

Nuff

klik kan ye

Friday, March 25, 2011

Kenapa sampai nak terjun bangunan


Gadis Kelantan cedera terjun tingkat 3

DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.

Nota : kenapa ye, sampai nak terjun dari bangunan...ingat kepada Allah sama..ye.

9 comments:

nurHeart said...

malang bg gadis tu x dpt mghadapi masalah yg menimpa nya, dlm keadaan tertekan apa saja boleh blaku.. smoga gadis tu sedar & insaf atas apa yg dilakukan, doakan dia, jgn dicaci maki sbb kita xkan tau apa yg akan berlaku pd anak cucu kita kelak..

kyna said...

hurmm dia tertekan sangat , biasalah perempuan neh tulang bengkok , kalau dah tekanan sgt , apa2 yg terlintas di fikiran , dia boleh buat , mcm saya jugak . Tapi belum tahap terjun bangunan , overdose jea pun. kihkihkih

daisy said...

saje je dia nak kasi KB mall lagi glamer ~

iefa said...
This comment has been removed by the author.
iefa said...

brite buletin utame smlm ke ni? cm gmpak je.. huhu.. mati ke pompuan tu??

azremy said...

tu mesti xdpt makan ikan tembakul tu hik hik

Gadis Ini said...

tak penah smyg..dlm diri kurang,
didikan agama cm nie la jadi nye..
nauzubillah...

kelibat said...

mati ke dia. klu idup nak g lempang

kelibat said...

mati ke dia. klu idup nak g lempang