Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Tuesday, October 5, 2010

Harga rokok naik 63 sen.


KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam.

Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

11 comments:

shahrilhakime said...

beghite 'baik' utk peghokok tegar......hehehehe.....tahniah dan takziahhh

ghost said...

tak kisah pun lar...aku hisap gak.hehe

Noor Fatin said...

agak2, ramai x yang berhenti isap rokok? kui3

Gen Fujita said...

kalau perokok tu "pandai", sentiasa akan ada alternatif, nekad nak berhenti takkan datang dari harga rokok tapi dari diri sendiri :)

"My name is Akma, and I am not a terrorist" said...

bagus la....hehehhe

saperakue said...

naek harga pown still adew yg nak beli...
haish x paham akoo =_=!

Robot | Sakti said...

tak abes-abes bazir duit.
berenti aje lah.

cakap macam senang je nak berenti.hehehe


Merapu tapi bukan Mengampu

laskar rainbow said...

dah tau rokok harga naek..so...berhnti2 la bg sape yg merokok..ehehe

Ciklinn said...

hihihi bagus2 tuan kedai mesti suka.. sbb perokok tegar terus tegar merokok kukuikui

fiqas said...

ala, diorang ni klu naik rm10 sebatang pun beli...

Papa Ely said...

70sen la bro...huhu...member2 aku sume paw jer skrg nih...nak kedekut dgn dorg kang diorg ckp kdekut plak nnt.huhu....naik 70sen jer,tapi rasa mcm naik singgit dua plak....sume save2 jer nak beli rongkok skrg nih.huhu