Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, November 24, 2010

Wanita Arab dera amah dipenjara


RIYADH - Seorang wanita Arab Saudi berusia 53 tahun yang mendera amahnya dari Indonesia, Sumiati Salan Musapa telah dipenjarakan selain menjalani penilaian mengenai mentalnya, lapor akhbar Al-Watan semalam.

Sumiati berumur 23 tahun kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital King Fahd di Madinah selepas tubuhnya melecur akibat dipukul dengan batang besi panas oleh majikannya itu.

Dia turut dirawat kerana patah di tangan dan tulang rusuknya.

Beberapa pegawai Arab Saudi dan Indonesia berbincang di Madinah semalam bagi membincangkan kes penderaan itu.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa bibirnya digunting tetapi dinafikan oleh bapa saudaranya yang menyatakan ia disebabkan dipukul berulang kali oleh majikannya.

Menurut akhbar Okaz, Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi menawarkan bantuan undang-undang kepada Sumiati dan akan menyokongnya jika kesnya dibicarakan di mahkamah.

Kes Sumiati mendapat liputan meluas di Indonesia selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital selepas didera pada 8 November lalu. - Agensi..link

8 comments:

nora said...

i ada baca gak, negeri kan

misSbLurRy said...

finally..what u give u get back...

zmah said...

Kat mana-mana mesti ada penderaan..

biskut said...

Tempat kita dulu pon kecoh kes macam nih.bayangkan kalau takde amah,ramai pompuan yang berhenti keje.

Mila@Rimbun said...

majikan dia ni mental kut...

Nuf4u said...

pak arab memang suka mendera orang je......

Seri Bahasa said...

nasib tak terjadi kat malaysia. kalau tidak perang besar lagi.

mimiekucayang said...

kejam giler!