Home

Nuff

klik kan ye

Monday, November 29, 2010

Berjudi RM7 juta sehari..Apa Ke Hal Nie


JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.

"Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.

"Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.

Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.

"Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi.

Nota : Tak ada benda lain ke nak berjudi...kaki judi nie kalau dah gila judi..anak istreri pun boleh di jualnya........huhu

15 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, biasa 7 juta ni, pak menteri ada puluh2 juta berjudi....

Aefa Aerisya said...

kaya sungguh rakyat kita ni rupa-rupanya.. ish2

Abu Luqman said...
This comment has been removed by the author.
Nuf4u said...

kaya kena kat depa je...huhu

nora said...

gambar kat atas tu tak leh blah tul ar, hahahahha

apek poyo said...

org kalau dah berjudi nih..memang dah tak bole berenti..
biar je la di tunggu azab tuhan sok.

ibuintan said...

kayanya mereka sebelum papa...yg penting jgn orang Islam yg gila judi ni

nuf4u said...

terima kasih

Nora

Apek poyo

Ibu intan

rmzm said...

kebanyakan yg berjudi skarang beragama islam..adui..buat malu agama je..memang sampah masyarakat betul kaki judi ni..lebih sampah daripada sampah..huhu

Nuf4u said...

betul tu RMZM...sekarang nie yg berjudi ramai dari yg beragama Islam

Kenzo@MrConteng said...

mak aiahhh! HAHA.. gambar xleh blah.. lawak!

MIMIE AIZA said...

bahaya la berjudi ni

AkuLaNS said...

jd kayap...tk kaya2 pun

Rafina Mimi said...

buang duit je..

Far8 budak baik said...

hahaahahahaha..
baru perasan entry ni..
kah3..tgk pic pun terus gelak guling2..hihi