Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Friday, November 19, 2010

Nyawa remaja direntap ketika senja


PELESIT rempit melakukan aksi wheelly untuk menunjuk-nunjuk kehebatan kepada rakan-rakan mereka. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.

Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.

Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.

Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya..KOSMO

25 comments:

Nuff4u said...

kalau macam ni keadaa, remaja kita..tak tahu lah apa nak jadi

young yasmin sarian said...

ape nah jd lahh,mati ta sempat bertaubat plak tu! haish!

Enchik Nine said...

nyawa bagai sampah jer diorang nie... dulu-dulu boleh kata orang putih gile berani... diorang nie lagi berani... ikot nk suroh berempit d medan perang lg bagoz...

cik mas said...

dsyt....kita x tahu pemergian kita mcm mane nnti.... :(

Nuf4u said...

kesian kat depa ye...kita kena jaga keluarga kita elok elok ye

Ain Zulaikha said...

tula sape suruh merempit.. ish.. macam2 la dah lapok dah rempit2 ni sebenarnya, tapi msih ada lagi.

Branded Factory Price said...

dh xsyg nyawa.. lebeh bek jd pengebom berani mati.. lagi style.. hehe

Hanis Azla said...

Ya Allah, apa nak jd ni.. tak pernah serik2..

bardbahtiar said...

sngaja tempah maut! kn dh kena....hish...

Nuf4u said...

depa semua tak sayang nyawa ye,huhu

tq aniz

husynrazak

budakkecik said...

tu la akibatnya kalau dah mencuri...time2 tuh dah hampir maghrib pulak...apapun takziah jugak la...kesian pada mereke2 yg berkenaan.

Anonymous said...

kan dah mati katak

Abu Luqman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Apple said...

sendiri cari nahas.

Unknown said...

isk3..budak2 zaman skang ni..

noa said...

kadang2 cam tak sanggup je nak baca cite pasal ni.ngeri

ummu said...

sedih
di tempat saya ni pun ada yang kritikal...sebab race motor

Nuf4u said...

terima kasih semuanya ya...

x tahu nak kata pasai budak budak la nie

WanDin said...

Kadang2 kesian tengok bdk2 nie..tapi ble pkir2 balik,,xpatut kecian..entahla..

Nuf4u said...

kita kecian kat depa tak kesian kat ibu bapa

Nuf4u said...

kita kecian kat depa tak kesian kat ibu bapa

Unknown said...

qzz0525
cheap mlb jerseys
heat jerseys
jordan shoes
pandora charms
chrome hearts outlet
air huarache
michael kors outlet
san francisco 49ers jerseys
jack wolfskin
palladium boots

Unknown said...

michael kors outlet store
lacoste outlet
adidas yeezy
nike air max 2018
cheap jordan shoes
jordan retro
nmd
hyperdunks
nike flyknit racer
fitflops sale clearance

yanmaneee said...

curry 4
nike air force 1
nike air max 2017
balenciaga shoes
adidas nmd
yeezy 500
yeezy shoes
coach factory outlet
jordan 13
nike air max 270

tesmoop said...

read this Dolabuy Dior explanation my site click for more click to read