Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, June 30, 2011

Dituduh gigit kemaluan isteri..Apa punya Suami da..


KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Monday, June 27, 2011

Imej bandar ganjil di kaki langit


SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Saturday, June 25, 2011

Jom Makan Nasi Briani


Salam semua gang blogger.

Aku buat n3 nie..sebab teringat akan makan nasi briani gam..
Mana sedap ye ..makan nasi briani gam atau makan nasi briani mamak..?.
Bagi aku makan nasi briani gam sodap juga sebab dia dah femos sebelah selatan nun...
tapi di utara ni, kalau mai Penang tak pekena...nasi briani Hamediaah di Cambel Strett tak sah bro..
Bukan nak puji mamak ni...u all tau la... Penang banyak mat saleh mai...
depa syok makan briani Penang dan pekena pasembor..Penang tu..
sekali sekal hampa mai Penang la..

Thursday, June 23, 2011

Jom pekena Char Kuey Teow


Assalamualaikum...

Lama tak pekena char kuey teoy Penang...baru baru ni aku makan char kuey teow Penang...memang best la..tapi la ni char kuey teow ramuannya tak ada kerang dah, semuanya digoreng bersama udang.. tapi apa pa pun best...
Kalau nak makan di Butterworth ni gerainya di tepi jalan ke Sungai dua dan Kg Pelet ... Kubang semang..kedua dua kedai ni senantiasa Full house...nak cuba pi la nu

Tuesday, June 21, 2011

Hanya tinggal seluar dalam

Contoh Je..hehe

SHAH ALAM – Seorang kontraktor terpaksa menempuh detik-detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua lelaki berparang ketika memberhentikan keretanya di tepi Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Tol Setia Alam di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu kerugian hampir RM100,000 setelah kereta Honda City miliknya dilarikan oleh dua penjenayah terbabit. Selain kereta, beberapa barangan seperti dua unit telefon bimbit Sony Erisson, Smart Tag, dompet berisi wang tunai RM240 dan seutas jam tangan turut lesap.

Lebih memalukan, mangsa dipaksa menanggalkan baju dan seluar sebelum ditinggalkan di tepi lebuh raya itu di Kilometer 7.1 menuju ke arah Kuala Lumpur yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dihampiri kedua-dua suspek itu. KOSMO

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa Kepa Semua..Bapa bapa


Selamat Hari Bapa Kepa Semua..Bapa bapa

Semoga menjadi bapa yang baik baik ye...
Mendidik Isteri supaya menjadi isteri yang solehah
Mendidik anak anak supaya menjadi anak yang soleh..
Jangan jadi bapa haruan dah ye..bapa haruan makan anaknya..

Wednesday, June 15, 2011

Nora Elina Punya Pukulan...




Assalamualaikum.. apa khabar semua..


Huh...mengeluh pak cik kita , kat rumah..


kenapa ye...mana tidaknya..makcik makcik kita duduk depan TV tengok kisah Nora Elina..


Kakak dan makcik kita dok sembang..syok tengok gambar ni..hero dia pun hansem, si nora tu pula cun abih...yang tak tahan depa boleh ulas pulak tu..Yevoon tu jahat betul...


aku dengar buat pekak je...buat macam mana..Tahniah pada penerbit drama tu...sampai solat magrib pun lewat..huhu

Monday, June 13, 2011

Penyakit selepas kenduri


Assalamualaikum..

Selepas pergi makan kenduri , aku tak tahan dengan masakan setengah orang, sakit perut sangat la...mungkin masakannya terlampau pedas kut..
Dulu ok je..boleh makan pedas sekarangni tak bolehla.. jenis masakan itu pun satu haru,
kadang kadang kalau makan masakan ala katering atau gotong royong (bukan semua ) dagingnya dibiarkan lama terdedah , selepas di potong, mungkin itu yang sebab sakit kut..huhu

Friday, June 10, 2011

Cuti sekolah ni ...Kerja Makan Kenduri je..hehe


Salam.buat semua

Cuti sekolah ni sebuk dengan makan kenduri saje...

Apa apa pun..ada yang buat kenduri secara gotong royong dan ada yang buat secara tempahan.

Bagi saya makan kenduri secara gotong royong lebih sedap dan selesa.sebab boleh makan daging gear box dan kalau ada lebih boleh bawa balik hehe.

Monday, June 6, 2011

Tunang batal nikah melalui SMS


AIZAT merenung barang-barang hantaran untuk majlis pernikahan yang dibatalkan oleh tunangnya melalui SMS di Kangar semalam.

KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.

Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.

"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.

Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan. KOSMO

Wednesday, June 1, 2011

Saya gantung anjing saya - ha, ha'


SEORANG remaja, Kamil Hric dari Slovakia menyiarkan gambarnya menggantung anjing peliharaannya di laman sosial Facebook.

Tiada Sifat belas kasihan kepada binatang

POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."

Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.

Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." - Agensi