Home

Nuff

klik kan ye

Friday, June 1, 2012

Anjing ada peguam, simpanan RM5,693

GAMBAR menunjukkan anjing bernama Blue di Albuquerque, New Mexico kelmarin. ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anjing tidak bertuan di negeri New Mexico, memiliki simpanan bank sebanyak AS$1,800 (RM5,693), laman Facebook dan sebuah kandang anjing berhawa dingin. Sebuah akhbar AS melaporkan anjing jantan tersebut, Blue turut mempunyai seorang peguam yang berusaha supaya haiwan tersebut tidak diikat dan boleh terus berkeliaran di sebuah kawasan tasik di sini setelah ditinggalkan sedekad lalu. Majlis Perbandaran Albuquerque dijadualkan bertemu para penyokong Blue pada 13 Jun depan bagi menentukan nasib anjing tersebut. Pemilik bersama sebuah pasar raya di sini, Janice Conner berkata, kisah Blue bermula sekitar 10 tahun lalu. Anjing tersebut yang ditinggalkan di sini katanya, telah dipelihara oleh seorang individu sehingga 'tuannya' meninggal dunia dua tahun lalu. Selepas itu, Blue berkeliaran di pasar raya berkenaan dengan anjing tersebut diberi makan dan hidup bersama komuniti tempatan hingga musim bunga lalu apabila seorang wanita berusia 48 tahun dilaporkan mati digigit beberapa ekor anjing pitbull dekat pasar raya tersebut. Menurut Connor, seorang wanita telah membuat aduan bahawa Blue pernah menderam terhadapnya selepas insiden tersebut. Seorang peguam di sini Hilary Noskin, memberitahu, dia sedang berusaha supaya Blue dibenarkan tinggal berhampiran pasar raya tersebut tanpa diikat. "Anjing ini ialah klien kesayangan saya, Blue seekor anjing yang baik dan tidak ganas," katanya. Conner berkata, penduduk di sini mendermakan lebih AS$1,800 untuk kos perubatan dan perundangan Blue selain membina sebuah kandang lengkap dengan pendingin hawa dan alat pemanas untuk anjing tersebut. Menurutnya, dia juga mengumpulkan lebih 1,100 tandatangan sokongan terhadap Blue di akaun Facebook Bluedog EB-Mascot untuk anjing berkenaan, - Agensi

No comments: