Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Wednesday, June 13, 2012

Harimau Malaya Menyerlah Tewaskan Singapura 2-0



SHAKIR (dua dari kiri) diasak pemain pertahanan Singapura pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi. Harimau Malaya menang 2-0.

BADI yang sering membelenggu skuad bola sepak kebangsaan setiap kali berdepan Singapura akhirnya ternoktah apabila menang 2-0 dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Shah Alam malam tadi.

Percaturan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan Ahmad Shakir Md. Ali dalam kesebelasan utama negara berbanding peledak berbisa, Mohd. Safee Sali malam tadi ternyata menjadi apabila penyerang Negeri Sembilan itu menjaringkan gol pembukaan negara seawal minit ke-18.

Pasukan pelawat yang kembali mengatur gerakan begitupun kecewa apabila rembatan deras Aleksandar Duric berjaya ditepis penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat tiga minit kemudian.

Sorakan lebih 25,000 penyokong tuan rumah kembali bergema sebaik rembatan deras Azamuddin Akil menerjah jaring pada minit ke-30, namun ia dibatalkan pengadil dari Thailand, Tee Ti Chai gara- gara ofsaid.

Harimau Malaya yang semakin garang sebaik babak kedua bersambung akhirnya berjaya menggandakan jaringan apabila sepakan percuma kapten, Safiq Rahim terus melepasi jangkauan penjaga gol Singapura, Mohamed Hyrulnizam Jumaat pada minit ke-62.

Malah, skuad kendalian Radojko Avramovic juga dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Norshahrul Idlan Talaha.

Pemain gantian, Shahurain Abu Samah nyaris menambah derita pasukan pelawat, namun jaringannya pada minit ke-70 dibatalkan kerana bola terlebih dahulu dikesan terkena tangan sebelum dia dilayang kan kad kuning oleh Ti Chai.

Keputusan 2-0 kekal sehingga perlawanan tamat.

Kedua-dua pasukan sebelum ini sekadar seri 2-2 dalam aksi persahabatan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Jumaat lepas.

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara menewaskan pasukan jiran itu ialah pada 12 Julai 2004 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur apabila Malaysia yang ketika itu dikendalikan Alan Harris turut menang 2-0.

Malah, Harimau Malaya juga ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura apabila tewas menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Julai tahun lepas.

2 comments: