Home

Nuff

klik kan ye

Friday, June 8, 2012

Ujian buat Ferrari..supaya lebih mantap


MONTREAL – Pendahulu keseluruhan, Fernando Alonso menegaskan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada yang akan bermula hari ini sangat penting buat Ferrari. Pemandu Sepanyol itu berkata, perlumbaan di Litar Montreal itu bakal menjadi penentu keupayaan pasukan tersebut dalam usaha memburu kejuaraan dunia musim ini. Pasukan yang berpangkalan di Itali itu bergelut dengan prestasi tidak menentu pada sesi ujian pramusim lalu dan ketinggalan jauh di belakang pencabar lain pada perlumbaan pembukaan tahun ini.
Situasi itu memberi petanda bahawa Ferrari masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perlumbaan musim ini. Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas Ferrari melakukan beberapa pembaharuan pada jentera, F2012 menjelang GP Sepanyol bulan lalu. Perubahan tersebut memberikan keputusan yang positif apabila Ferrari berjaya menaiki podium sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada GP Sepanyol dan GP Monaco menerusi Alonso.

Sebelum itu, Alonso mencipta kejutan apabila muncul juara GP Malaysia pada Mac lalu. ALONSO yakin Ferrari akan menampilkan aksi yang kompetitif pada GP Kanada hujung minggu ini. Malah, pemandu berusia 30 tahun itu kini mendahului kategori pemandu selepas mengumpul 76 mata, tiga mata meninggalkan juara dunia dua kali, Sebastian Vettel dari Red Bull Racing.

Meskipun mengakui bahawa perlumbaan di Litar Montreal akan menjadi cabaran paling besar buat Ferrari musim ini, Alonso yakin pasukan itu telah melakukan yang terbaik untuk kekal kompetitif. “Saya fikir, kami (Ferrari) telah meningkatkan kemampuan jentera sejak awal musim ini. GP Kanada menjadi cabaran paling baik untuk menguji sejauh mana kemampuan sebenar jentera kami. “Saya harap, jentera Ferrari sangat kompetitif pada perlumbaan minggu ini kerana ia amat penting buat kami. Bukan sahaja untuk perlumbaan di Kanada tetapi untuk saingan seterusnya. “Memang sukar untuk meramalkan sejauh mana kemampuan jentera kami kerana musim ini menyaksikan beberapa pasukan bergelut dengan prestasi tidak menentu. “Begitupun, saya tidak nampak alasan mengapa kami tidak boleh menjadi kompetitif di Kanada dan bersaing bagi memburu tempat teratas,” kata Alonso. – AFP