Home

Nuff

klik kan ye

Sunday, June 10, 2012

Fulamak !!! Sengaja tayang coli merah!..Dosa tau!!!



ASYIK-ASYIK cerita sama sampaikan naik berbuih mulut CAK. Jari jemari ni pun dah naik lenguh menegur artis tak tahu malu yang suka sangat menayang badan. Entah apalah yang dibanggakan sangat pun CAK tak faham. Terbaru, apabila kisah pelakon yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi sengaja cari publisiti murahan. Dalam satu sesi fotografi, dia dengan selamba mengenakan pakaian jarang sehingga menampakkan coli merah terang 'tang! tang!'. Sampaikan ada beberapa orang di situ bagai nak tersembul bijik mata menengok 'barang baik'. Ishh.. Apalah tak tahu malu! Nak dikatakan dia tak sedar pakaiannya jarang, mustahil sebab sah-sah baju tu boleh dibuat menjaring ikan.

Mungkin juga pelakon itu sengaja pakai macam tu sebab nak jaring 'ikan-ikan' besar. Yalah, walaupun bergelar tunangan orang, rezeki menangkap ikan besar masih terbuka luas! Maaflah sebab CAK bergurau kasar. CAK sebenarnya sudah lama perhatikan gelagat artis ni sejak dulu. Lepas satu demi satu kontroversi dicetusnya, ingatkan bila dah bergelar tunang orang sudah insaf, rupa-rupanya masih macam tu jugak! CAK harap sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan tak lama lagi, artis ini berubah dan elakkanlah kontroversi yang boleh mengaibkan dirinya dan bakal suami. Bukan apa, lepas ni suami awak yang nak kena tanggung dosa isteri! Renung-renungkanlah ye!