Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Friday, June 15, 2012

Sakit nak jumpa bomoh, kemudian di rogol pula



NORAZANNI di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang bomoh muda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah merogol gadis yang dirawat di rumah mangsa pada Mac tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Norazanni Nordin, 31, yang semasa kejadian merupakan seorang askar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Norazanni didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik di sebuah rumah di hadapan sebuah sekolah di Machang pada pukul 9.30 malam, 18 Mac tahun lalu.

Tertuduh dari Sungai Petani, Kedah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Semasa kejadian, Norazanni dijemput keluarga mangsa ke rumah mereka bagi merawat mangsa yang mengalami kemurungan dan meracau-racau.KOSMO

1 comment:

Jahirah said...

sptutnya tak benarkan ank gadis dgn bomoh je hingga bomoh amek kesempatan..