Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Sunday, October 31, 2010

Universiti Oxford malu dek kes buli


Gambar memalukan pada majlis Bayi dan Ibu Remaja di Facebook menunjukkan pelajar-pelajar baru memakai lampin bayi.

OXFORD - Pihak pengurusan Universiti Oxford di Britain dimalukan insiden sekumpulan pelajar senior memaksa beberapa belas pelajar baru berpakaian seperti bayi pada majlis suai kenal pasukan bola lakros wanita universiti berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mahasiswi tahun pertama yang diterima menyertai pasukan itu dipaksa memakai lampin bayi dan menghisap botol susu berisi arak pada majlis suai kenal yang ganjil tersebut di sini pada Rabu lepas.

Sementara itu, pelajar-pelajar senior melakonkan watak ibu dengan memakai pakaian sukan dan menghisap rokok sambil menengking 'anak-anak' mereka.

Gambar-gambar kes buli pada majlis itu yang menampilkan temaBayi dan Ibu Remaja, disiarkan di laman jaringan sosial, Facebook.

Ketika ditanya berhubung kejadian memalukan tersebut, seorang jurucakap universiti berkenaan enggan memberikan sebarang komen. - Agensi..KOSMO

6 comments:

Nuff4u said...

kenapa ye..orang suka buli...saya dulu pun masa masuk u pun penah kena buli..ngan senior

MiMiEy :) said...

tah pa pe.
buat org takut nak masuk u.
perlu ke buli2.

Unknown said...

malaysia bakal mnjadi begin...

kimchisu said...

ayak..besar2 pun ada buli lagi ke..engt kt asrama jek ada

Nuff4u said...

telah menjadi kebiasaan kut..dulu masuk askar je kena ragging...

Anonymous said...

masih ada ragging ke?? di universiti ternama pulak tu..